.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Wednesday, February 25, 2009

Hantaran Pengantin Amman, Jordan

Salam,

Pn Nurul Azlina adalah sahabat saya ketika sekolah menengah. Dia sememangnya kreatif. Kini kami masih berhubung dan di kalangan kami, dia terkenal dengan pakej-pakej hantaran serta hiasan pelamin. Walaupun dia mempunyai kerja tetap di sebuah bank di KL, namun dia masih mampu menjalankan bisnesnya dengan cemerlang. Kini, kalau sahabat-sahabat saya nak berkahwin, pasti beliau yang akan dipanggil.

Saya tetiba teringin melihat gubahan-gubahan hantaran terbaru beliau yang terkenal dengan penggunaan bunga-bunga segar. Saya terpana mengetahui bahawa beliau juga adalah penggubah hantaran untuk pengantin baru Ust Mus'ab dan zaujahnya Ain, yang kini berada di Amman, Jordan.

Secara tidak langsung, saya dapat juga melihat gubahan-gubahan hantaran bertemakan kuning dan putih untuk pasangan pengantin yang sedang berada di Amman, Jordan. Memang cantik dan teruja. Teruja melihat pengantin yang sama cantik sama padan beserta hantaran-hantaran yang amat cantik.

Harap-harap pengantin baru di Amman tak marah saya linkkan fotopage kawan saya ni.

Dan kepada Nurul, I tolong promosi jugak tau! You pasti tak marah kan?

Kepada Che Awah Kak Yana Hai dan Ayu Mummy Uwais, bagitahu kat Ain ye akak bagi korang tengok.

Hi hi hi.


Wasalam.

2 comments:

Unknown said...

hiii.. dah akk, kita dah bagitahu ain..dia pn terkejut coz dia pn tak tgk lagi..dan dia minta bg link ni.. hiii...

Ilyana Ar Razi said...

salam ayu, harap ain tak marah. :)