.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, February 2, 2009

Hari Wilayah

Salam,

Saya orang Shah Alam yang bekerja di KL. Jadi saya cuti ... hari wilayah.

Insyirah bersekolah seperti biasa. Awal pagi, selepas menghantar Insyirah ke Restu Kids, saya dapat menyelesaikan urusan di KWSP, CIMB Bank dan Tabung Haji. Setiap tempat penuh sesak sebab warga KL yang bercuti, mengambil kesempatan menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan di Selangor yang tidak bercuti. :)

Petang, saya bertemu anak guam di TV3. Cadangnya nak bawa anak-anak berenang, tapi macam tak sempat. Maka, kami hanya beriadah di Taman Tasik Shah Alam.

Saya cuma ingin berkongsi kisah di awal pagi ini dimana ada jenazah kanak-kanak berusia 7 tahun disolatkan di masjid di hadapan rumah saya. Beliau merupakan anak bongsu kepada seorang Dr. (Medical Doctor), kariah di sini. Kanak-kanak tersebut menghidap barah meletup-letup (istilah para ibu-ibu di sini). Saya pun tak pasti apakah jenis barah yang dihidapinya.

Bapanya menyatakan ia kesan dari cara permakanannnya yang amat menggemari makanan segara seperti K*C dan M* ***a*d. Beliau mengesahkan bahawa makanan-makanan segera yang ada di pasaran sekarang adalah tidak selamat dan boleh menyumbang kepada agen-agen barah. Saya akan ke kenduri tahlil beliau pada malam ini dan akan bertanya dengan lebih mendalam.

Semoga ia menjadi iktibar kepada para ibu bapa zaman moden ini, termasuklah saya. :)

Wasalam.

No comments: