.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Saturday, January 31, 2009

30 Januari 2009

Salam,

Semalam, 30 Januari 2009 dalam ingatan.

HARI LAHIR MAMA KE 50.

50 tahun yang lalu, mama saya dilahirkan di Jeram, Selangor. Kebiasaannya, mama akan bertemu uwan saya (ibunya) untuk mengucapkan terima kasih diatas kelahirannya pada 30 Januari 1959 yang lalu. Mama akan memberi hadiah atau sekadar majlis makan-makan. Namun, tahun ini uwan sudah tiada, mama agak sedih.

Mama berkata, insan yang melahirkannya telah pergi bertemu Allah. Itu sebagai tanda, dia pasti akan menyusul tetapi entah bila, hanya Allah yang tahu. Jadi beringat dan bersiap sedialah. Hati saya pula diruntun rasa sedih.

Adik-adik dan bakal adik saya sudah pulang bertemu mama mengucapkan selamat. Malam semalam kami keluar makan beramai-ramai. Ucapan pada mama, semoga kekal taat kepada Allah dan ayah sehingga ke akhir hayat. Semoga dipanjangkan usia dalam keberkatan amal ibadah. Salam sayang dari saya dan anak-anak.

HARI TERAKHIR SAHABAT

Semalam juga hari akhir sahabat saya, Aida. Dia tidak akan bersama saya lagi di pejabat kerana akan "bercuti". Bestnya cuti ... tapi saya dah puas bercuti 2 tahun. Cukupla kut ... Saya hanya sempat mengenalinya selama sebulan. Dan saya yakin kami pasti akan berhubung lagi selepas ini.

Tengahari semalam banyak betul makanan sempena majlis kecil ini. Ada nasi tomato, ayam masak merah, dalca, acar timun, kuih kasui, kek gulung, roti jala, kuah kari dan puding koktel (ni saya buat). Banyak betul makanan yang nak dihabiskan.

Ucapan saya pada Aida, selamat bercuti ... selamat maju jaya untuk kehidupan seterusnya. Semoga ukhuwah yang baru terjalin antara kita ini kekal selamanya dan terima kasih bebanyak.

Pesanan saya :

Kerja dunia boleh cuti ... Belajar tak boleh cuti ... Ibadah selamanya ...

ISYRAF TUMBUH GIGI

Apabila saya pulang ke rumah, mama memberitahu Isyraf si bulat dah tumbuh gigi di bahagian bawah. Saya agak terperanjat sebab saya rasa agak cepat Isyraf tumbuh gigi. Kakak dan Abangnya tumbuh gigi pertama dalam usia 10 @ 11 bulan. Patutla kadang kala saya rasa seperti ada benda tajam "menggigit".

Mulai malam tadi sebelum menyusukannya, saya pesan "Sayang, jangan gigit umi yer, sian umi". Isyraf tersenyum-senyum seolah-olah dia faham dan memang dia tidak "menggigit".

HADIAH UNTUK MAMA

Ketika di pejabat semalam, saya mendapat satu bungkusan pos berdaftar dari Kuala Terengganu. Dari klien saya. Sebelum pulang pula saya dapat 4 biji durian dari klien saya yang tinggal di Jelebu, Negeri Sembilan.

Syoknya dapat durian. Memang musim durian baru nak mula. Kata klien saya ini buah yang awal-awal dikampungnya. Katanya, sebagai tanda terima kasih dari beliau sekeluarga.

Saya memang pecinta durian!

Setiba di rumah, Amir berkejar ke arah saya dan berkata dia bau durian. Amir juga pecinta durian. Saya kata padanya saya ada hadiah untuknya dan uwannya iaitu 4 biji durian. Maka melonjaklah Amir kegembiraan.

Mama juga teruja mendengar saya membawa hadiah durian untuknya. Kami terus menghabiskan 3 biji durian. 1 biji lagi cadangnya nak buat kuah durian untuk roti jala (kegemaran hubby tersayang).

Selesai makan durian saya teringat bungkusan yang saya terima dari Kuala Terengganu. Saya membukanya dan di dalamnya terdapat 2 pasang kain batik sutera yang amat cantik berwarna emas dan purple. Terima kasih saya ucapkan kepada Nurul Hati Kuala Terengganu diatas kain ela yang amat cantik ni. Semoga kita terus berhubung dan jika ada masalah yang boleh saya bantu lagi, sila hubungi saya. Kita usahakan yang terbaik, Insya Allah.

Maka saya hadiahkan kain yang berwarna emas kepada mama sebagai hadiah hari lahirnya. Kain yang berwarna purple untuk saya.

Alhamdulillah, saya dapat hadiahkan mama buah durian dan kain sutera.

Saya akan bercuti 3 hari mulai Sabtu. Hari cuti adalah hari kasih sayang untuk anak-anak. Banyak program saya dah rancang kami berlima (termasuk bibik). Hari kasih sayang anak-anak ialah hari dimana saya tak boleh garang2 dengan anak2 (ini permintaan Insyirah). Hmmm okla ... Hari bersekolah kena ikut adab dan displin yer.

Wasalam.

No comments: