.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, January 5, 2009

Insyirah @ Restu Kids

Salam,

Seawal pukul 6 pagi Insyirah bangun dari tidur kerana keterujaan beliau untuk memulakan sesi persekolahan 2009 ini di sekolah yang baru. Tahun lepas kami menghantar beliau ke Tadika Abim di Masjid Al Ubidiyah. Tahun 2009 ini saya menukarkan beliau ke Restu Kids, Yayasan Restu di Kompleks Taman Seni Islam Selangor di Seksyen 10, Shah Alam.

Saya dan hubby juga gembira melihat beliau gembira dan bersemangat untuk bersekolah. Saya menukarkan beliau bukan kerana tadika yang sebelum ini tidak elok. Saya cuma ingin memberi beliau satu suasana yang berbeza yang lebih mencabar dalam peringkat perkembangan kendiri, sahsiah dan skil beliau. Saya amat berterima kasih kepada para guru Tadika Abim yang lepas yang telah merungkai keupayaan diri dan minda Insyirah. Hasil didikan mereka sekurang-kurangnya Insyirah telah boleh membaca, mengaji, mengira, berwudu', solat, menjaga diri, berfikiran positif serta memperbaiki akhlak dan adab. Semoga Allah membalas jasa para guru sekelian.

Restu Kids, Yayasan Restu memberi satu pendekatan pendidikan pra sekolah yang berbeza. Silibusnya ada yang berpandukan pendidikan islam di Singapura yang lebih advance dan tinggi dari silibus yang sedia ada di Malaysia. Buku-buku yang digunakan juga ada diambil dari Singapura. Oleh sebab itu mungkin kos pendaftarannya agak mahal tetapi berpatutan. Saya telah menghadiri sendiri Majlis Ihtifal yang diadakan pada tahun lepas dan melihat sendiri hasil dan perkembangan setiap anak-anak keluaran tahun 2008. Amat mengagumkan. Saya berdoa agar Insyirah juga akan berjaya dengan cemerlang seperti mereka. Pelajar lelaki lebih ramai dari pelajar perempuan. Jumlah keseluruhan pelajar juga tidaklah ramai, jadi oleh sebab itu para guru dapat memberi fokus yang mendalam kepada setiap individu anak-anak. Bahasa pengantar yang digunakan oleh para guru ialah Bahasa Inggeris.

Insyirah yang sememangnya seorang yang positif dan rajin, tidak kekok di sekolah baru. Saya dan hubby pula disuruhnya balik kerana katanya dia boleh menjaga diri. Saya bangga dengannya dan berjanji akan memberi sepenuh bantuan dan sokongan untuk tujuan pendidikannya. Dalam usia saya 29 tahun, anak sulong saya berumur 6 tahun. Terasa muda seketika walaupun sebenarnya setiap tahun kita semakin hampir dengan kematian.

Setiap bulan, anak-anak akan menjalani kelas berenang. Saya diingatkan supaya membeli pakaian renang yang menutup aurat. Dan para ibu bapa juga boleh hadir sama di kelas renang itu.

Saya dan hubby pulang ke rumah tanpa menunggu sehingga habis waktu persekolahan. Sebelum kembali semula ke Restu Kids untuk melihat Insyirah pulang ke rumah dengan menaiki van, sempat kami menjamah Nasi Ayam sebagai makan tengahari hari ini. Insyirah kelihatan gembira pulang bersama rakan-rakan menaiki van khas Yayasan Restu. Cuma saya yang gusar memikirkan keselamatan beliau. Akhirnya setelah membontoti van sekolah berpusing-pusing di sekitar Shah Alam menghantar anak-anak yang lain, Insyirah selamat tiba di rumah. Saya berdoa kepada Allah agar Insyirah sentiasa dalam perlindunganNya walau dimana beliau berada.

Duhai Insyirah ku sayang,

Doa dan redhaku akan sentiasa mengiringimu,

Agar dirimu beroleh kejayaan di dunia dan akhirat,

Sebagai hamba Allah yang bertaqwa dan beriman,

Sebagai anak yang solehah dan berakhlak mulia,

Sebagai pelajar yang gigih dan cemerlang,

Sebagai isteri yang solehah dan taat pada suamimu,

Sebagai ibu yang mithali dan pengasih pada anak-anak dan keturunan selepasmu,

Sebagai mujahidah yang gagah berani di medan perjuangan Islam,

Semoga Allah melindungi, memberkati dan mengasihimu,

Sebagaimana kasih dan sayangnya ku kepada mu sayangku

No comments: