.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, January 19, 2009

Merawat Hati yang Duka

Dikala hati terasa pedih duka, hanya Allah tempat mengadu.

Dikala hati ini amat merindu, hanya air mata teman beradu.

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad SAW
tidaklah setakwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
ataupun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf.

Jesteru suami hanyalah lelaki akhir zaman
yang mempunyai cita-cita
membangun keturunan yang SOLEH.

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama

Suami sebagai pelindung
isteri penghuninya.
Suami adalah nakhoda kapal
isteri pelayarnya.
Suami bagaikan balita yang nakal
isteri adalah penuntun kenakalannya.
Saat suami menjadi raja
isteri nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa
isterilah penawar ubatnya.
Seandainya suami berkata-kata lancang
sabarlah isteri mengingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajar kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT
kerana memiliki suami yang tidak segagah mana
jesteru isteri akan tersentak dari alpa

Kamu wahai isteri
bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi
ISTERI YANG SOLEHAH KEPADA SUAMIMU.


Ameen ...
Bantulah hambaMu ini merawat hati membelai jiwa.

No comments: