.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, January 6, 2009

Amir Irsyad @ Tahfiz Al Munir

Salam.

Petang semalam ketika sibuk mencari bahan-bahan kajian, singgah sebentar di blog Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman dan terpandang di ruangan iklan tentang Tadika Tahfiz Al Munir. Setelah melayari blog tersebut, timbul keinginan untuk menghantar Abang Amir Irsyad ke situ. Keinginan ini juga dipengaruhi apabila Abang Amir bertanya bila dia akan bersekolah seperti kakaknya Insyirah. Melihat keinginan dan kesungguhannya, saya terus berbincang dengan hubby dan hubby memberi keizinan. Kami terus menghubungi Pn Aida, principal Tahfiz Al Munir. Setelah berbincang, maka keputusan dibuat untuk menghantar Abang Amir ke sekolah hari ini.

Selain itu, saya melihat tadika ini hampir dengan pejabat saya. Jadi Abang Amir boleh ikut saya pergi kerja dan pulang bersama saya. Maka, saya akan ada teman ketika memandu setiap hari.

Pagi ini Amir akan mula bersekolah, insya Allah. Harapnya tiada masalah. Selepas menghantar Insyirah ke Restu Kids, kami bertolak ke Wangsa Maju. Alhamdulillah, pejabat saya memang hampir dengan Tadika Tahfiz Al Munir. Abang Amir kelihatan sedikit cuak tetapi bersemangat melihat suasana yang baru itu. Saya juga berdebar-debar kerana risau dan kasihan melihat Abang Amir, yang paling petah bercakap akan saya tinggalkan di situ. Bagi saya Abang Amir masih kecil dan amat manja dengan saya. Namun, tidak boleh lawan "ketaksubannya" terhadap abinya. Ini kerana dia amat rapat dengan abinya dan abinya adalah segala-galanya untuknya. Namun melihat keupayaan diri dan kemampuan akalnya yang "advance", saya berasa sekurang-kurangnya tindakan ini boleh meningkatkan keupayaan akal dan fikirannya.

Namun ini hanya percubaan. Saya telah berbincang dengan guru bahawa dia akan berada dalam tempoh percubaan selama sebulan. Melihat adakah sebarang peningkatan dalam sahsiah dan keupayaannya, walaupun sedikit. Jika ada perubahan ke arah yang lebih baik dan positif, maka saya akan meneruskan pengajiaanya di situ.

Untuk memberi lebih keyakinan kepada beliau, saya beli juga pakaian seragam sekolah agar dia melihat dirinya berada dalam lingkungan anak-anak yang lain. Andainya pengajian tidak diteruskan, maka baju sekolah itu saya anggap sebagai diantara usaha saya untuk kebaikannya.

Saya tinggalkannya dengan air mata bergenang. Sedih rasanya. Tak tahu kenapa. Kasihan pun ada. Sebelum pergi saya mengatakan yang saya akan mengambilnya petang nanti. Abang Amir mengangguk perlahan. Saya katakan padanya yang saya sayang padanya dan suruh dia bersabar hadapi segalanya. Dia mengangguk lagi. Saya cium dahinya berulang kali dan dia membalas ciuman saya. Matanya mula bergenang dan kelihatan dia menahan diri dari menangis. Sebab, ultraman mana boleh nangis kan?

Semoga Abang Amir berada dalam perlindungan Allah dan beroleh ilmu yang bermanfaat.

Abang Amir pipih umi sayang,

Jangan bersedih dan menangis,

Kerana abang amir gigih, kuat dan berani,

Umi korbankan segalanya untuk berikan ilmu yang bermanfaat,

Agar ia menjadi panduan kepada kehidupanmu,

Doa umi akan sentiasa mengiringi kehidupanmu,

Agar dirimu bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat,

Allah akan melindungi dan memberkati hidupmu,

Kerana umi redha diri dan hidup mu sayang ku,

Abang Amir pipih umi sayang.

1 comment:

Unknown said...

wah..abg amir dah masuk sekolah..bestnya... ummi amir nnti masukkanlah gambar abg amir masuk sekolah ye... mesti comel dan soleh!! =)