Petang semalam, ketika cuaca mendung yang nyaman, memang mengantukkan kami sekeluarga. Jadi kami selepas solat zohor, lima beranak bergelimpang di atas katil berserta sejuk aircond yang syok :). Kedengaran suara tetamu di ruang tamu rumah abah.
Anak-anak dah lena. Saya dan hubby masih separuh sedar. Panggilan telefon dari tetamu yang datang mengejutkan saya kerana tetamu yang berada di ruang tamu ketika itu adalah sahabat lama kami sendiri. Terus saya menyiapkan diri dan bergegas keluar.
Saya terkedu ketika kami bertentang mata. Masa telah memisahkan dan menjauhkan kami. Namun kenangan lama masih terpahat di dalam ingatan. Setelah 13 tahun berpisah, akhirnya saya dan merisik haluan bertemu. Banyak kami bualkan dan saya kagum dengan kesungguhan dan kejayaan merisik haluan melaksanakan diantara fardhu kifayahnya. Banyak yang saya ingin pelajari darinya.
Semoga Allah memberkati setiap usahanya ke arah memajukan Islam. Dan saya dan hubby juga akan berusaha juga ke arah memajukan Islam. Semoga hubungan kita berkekalan dalam redhaNya agar kita saling memberi bermanfaat kepada ummah.
Salam sayang penuh ukhuwah buat Ain dan Aqis.
Wasalam.






No comments:
Post a Comment