.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Friday, January 2, 2009

Hari Pertama

Salam,

Saya sebenarnya tiada idea untuk menulis kerana ketika ini kerana fikiran tertumpu kepada kegentingan di Tebing Gaza. Hati sentiasa berdebar memikirkan apakah yang akan terjadi seterusnya pada hari esok. Hati bertanya lagi apakah bantuan yang saya mampu berikan kepada mereka. Setiap saat saya berdoa memohon bantuan dari Allah yang Maha Berkuasa untuk mereka.

Beberapa hari yang lepas, saya menonton rancangan di Astro Oasis yang bertajuk Kembara Palestin iaitu satu kembara oleh 4 orang wartawan Melayu Islam Malaysia ke sana, menerokai sejarah Palestin dari awal hingga kini. Ia menjadikan saya semakin "mencintai" Palestin kini.

Selain kegusaran itu, saya sibuk menyiapkan persiapan persekolahan anak-anak dan kehidupan yang seterusnya.

Hari pertama ini, saya tiba lewat. Pukul 10 pagi baru tiba ke tempat baru ini. Amanah dan tanggungjawab baru dan berat mulai saya pikul selain tugas sebagai isteri, ibu dan anak. Saya bersyukur dengan rezeki Allah ini dan saya akan cuba melaksanakan tugas saya dengan baik dengan niat hanya kerana Allah bagi memastikan keberkatan rezeki yang diperolehi serta mengaut setiap ilmu yang bermanfaat.

Saya tinggalkan anak-anak di rumah dengan iringan doa serta bermohon perlindungan dari Allah ke atas anak-anak saya. Sebelum berpisah dengan anak-anak, berulang kali saya mengucup mereka. Hanya Insyirah dan Isyraf yang telah bangun dari tidur. Amir masih lena. Mungkin Amir akan terkejut seraya bangun melihat ketiadaan saya. Yang paling saya kasihankan ialah si kecil yang montel, Isyraf kerana dia masih menyusu. Pasti hatinya tidak tenteram melihat saya tiada. Namun, hubby berpesan andainya saya teringatkan anak-anak, sedekahkan Al Fatihah untuk mereka. Al Fatihah ...

Suasana di tempat baru memberangsangkan. Memberangsangkan hati dan jiwa untuk beribadah, bekerja dan terus menuntut ilmu. Alhamdulillah. Moga ini adalah yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Terima kasih hubby tersayang atas doa restu dan redhamu.

Wasalam.

1 comment:

Unknown said...

insyaAllah khair...
k.yana, slmt bekerja!
=)