(Tanpa Prejudis)
Saya bangun sebelum subuh dengan tidak bermaya, tidak bersemangat dan segala tidak. Rasa sepi dan sunyi dari keriuhan 'seseorang'. "Rindu la ni", Mama berkata melihat saya yang muncung dan lesu.
Insyirah kemudian bangun dan terus menangis bertanyakan abinya. Saya hanya diam sambil memeluk untuk memujuknya. Insyirah juga kelihatan tidak bersemangat untuk bersekolah hari ini.
Selepas menghantar Insyirah ke Restu Kids, saya bergegas ke Magistret Selayang untuk sebutan kes dibawah Seksyen 380, Kanun Keseksaan. Sepupu-sepupu saya telah hadir lebih awal.
Kes saya ditangguh ke pukul 2 petang kerana pihak pendakwa menyatakan terdapat keraguan dalam pertuduhan. Saya sebenarnya telah lama sedar bahawa ini kes budak-budak. Banyak keraguan dalam pertuduhan, begitu juga kepalsuan. Pertuduhan mencuri harta alih dibawah Seksyen 380 tidak dapat dibuktikan. Barang kes juga tidak dibawa ke mahkamah. Pertuduhan yang carca merba amat memalukan dan menjatuhkan kredibeliti pihak pendakwa. Syukur, pertuduhan ditarik balik, kalau tak ... saya akan lawan habis-habisan menegakkan keadilan dan memberi hak pada yang hak.
Tepat jam 3 petang, Majistret memutuskan kes ditarik balik dengan kebebasan dan wang jaminan akan dipulangkan. Bersyukur dan lega yang amat sangat. Rasanya selesai sudah tugas saya.
Diluar mahkamah saya menyatakan kepada client saya, "Alhamdulillah, New Life, New Spirit. Jangan sedih lagi yer. Jangan lupa sujud syukur dan perbaiki hubungan kita dengan Allah. Segalanya adalah dariNya dan kepadaNya."
Penat juga seharian di mahkamah, namun puas hati. Segala bantuan hanya kerana Allah dan saya memang ikhlas untuk membantu. Yang penting kita kena terus bersemangat dan berusaha.
Kepada sepupu saya,
Bak kata Natasya, ini peperiksaan Allah untuk ibu. Ibu kena usaha dan sabar supaya ibu lulus periksa.
Teruskan kehidupan dengan semangat dan azam yang baru berteraskan iman dan taqwa. Ini pengajaran dari Allah yang amat sayangkan hambaNya.
Jangan Bersedih!
Wasalam.






No comments:
Post a Comment