.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Thursday, January 29, 2009

Malam Air Mata Palestine

Salam,

Semalam, saya pulang dari kerja agak awal kerana jalanraya lengang. Mungkin ramai lagi yang masih bercuti sempena Tahun Baru Cina. Saya memang merancang untuk menghadiri program Malam Air Mata Palestine di Dataran Shah Alam, kerana hampir dengan rumah mama ayah yang saya duduki kini. Cumanya, hujan renyai yang turun agak melemahkan semangat saya kerana saya merancang ingin membawa Insyirah dan Abang Amir bersama.

Mama dan ayah tidak dapat serta kerana ingin menghadiri majlis bersama anak-anak para syuhada yang syahid di Narathiwat yang lalu. Mama ayah sibuk mengumpul barang-barang di dalam rumah yang boleh diserahkan kepada anak-anak yatim itu. Baju-baju, buku-buku, peralatan persekolahan serta makanan. Memandangkan adik bongsu saya pun dah habis sekolah, maka banyak barang yang dapat kami kumpul.

Kawasan perumahan kami masih dibasahi hujan yang renyai.

Program di Dataran Shah Alam bermula pukul 8.30 malam. Insyirah dan Abang Amir seronok ingin turut serta, namun saya risaukan Insyirah kerana dia ni jenis tidur awal. Tepat pukul 9 malam dia akan tidur. Saya bertanyakan Insyirah berulang kali, bolehkah dia bertahan jika kami pulang lewat. Insyirah menjawab, jika dia mengantuk sangat, dia tidur aje dalam kereta atau atas jalanraya. Abang Amir pulak jenis yang boleh bertahan hingga lewat malam asalkan, ada orang yang meneman dan melayannya. Jika dia seorang diri, dia akan mengantuk dan tidur dengan sendirinya. Ini kerana, masa Abi nya ada, Abang Amir adalah teman setia meneman abi nya sehingga mereka berdua tidur bersama-sama.

Maka, saya menyuruh Bibik menghantar Insyirah ke Kelas Al Quran dengan ditemani oleh Abang Amir. Sementara menunggu mereka pulang, saya menyusu dan menidurkan Isyraf si bulat!

Pukul 9 malam, hujan masih renyai, dengan semangat yang berbaki, saya, Insyirah dan Abang Amir ke Dataran Shah Alam. Syukur, saya dapat tempat parking yang hampir dengan dataran. Tak perlulah saya menapak jauh.

Dengan kuasa Allah, kawasan dataran tidak hujan. Alhamdulillah. Para hadirin dan MC menyatakan rasa syukur pada Allah kerana mengizinkan program ini dijalankan. Sesambil mendengar ucapan aluan pengerusi majlis, kami anak beranak berjalan-jalan disekitar dataran kerana terdapat banyak gerai yang dibuka. Best la jugak gerai-gerai ini kerana barang-barang yang dijual susah nak ditemui di tempat lain. T-Shirt Muslimah, tudung, banner, sticker dan segala yang berkaitan dengan ‘SAVE GAZA’ dan P.A.S. Alat membesarkan alat kelamin lelaki pun ada jual, tetapi orang ramai agak malu dan segan untuk menghampiri gerai tersebut. Saya pun berasa malu apabila anak2 bertanya apakah benda pelik itu, maka saya menarik tangan anak-anak melencong ke arah lain. Saya berasa tidak sesuai gerai itu berada di situ di dalam program seumpama ini. :)

Selesai berlegar-legar di gerai-gerai dan membeli sedikit makanan, saya mencari tempat duduk di hadapan pentas. Bila kami mula duduk untuk menyaksikan persembahan, Insyirah mula lentok dan terus tertido. Insyirah, jika dah tido, tidak akan sedar walaupun sekelilingnya bising. Saya teringat kenangan bershopping di Syria, Insyirah, oleh sebab terlalu mengantuk, boleh tidur sambil berjalan, dimana saya memimpin sambil menyeretnya. :)

Antara persembahan yang saya saksikan ialah persembahan oleh Akademi Silat Cekak Hanafi, oleh Kumpulan Fazs, oleh Ustaz Akhwan Afandy dan oleh Muadz. Saya hanya bertahan sehingga Ceramah 2 oleh YB Dr. Haji Abd Rani Osman. Selepas itu saya mula berasa mengantuk.

Entri selepas ini saya akan menceritaka apakah saat yang paling meninggalkan kesan kepada hati saya.

Saya pulang ke rumah lewat malam dalam keadaan Insyirah dan Abang Amir telah tido. Penat juga memangku mereka. Tiba di rumah, Isyraf si bulat sedang tidur bersama mama saya. Melihat anak-anak yang nyenyak tidur saya pun mula mengantuk lalu tidur.

Jam 3 pagi saya dikejutkan dengan tangisan Abang Amir, menjerit-jerit memanggil Abi nya. “Abi! Abi! Abi!, Amir nak Abi, Amir rindu Abi”. Rupanya Abang Amir mengigau lagi. Seringkali juga dia mengigau memanggil Abi nya sejak kepulangan Abi nya ke Jordan. Namun saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali memujuknya bersabar dan memeluknya. Sayu dan hiba rasanya.

Nak saya selitkan kisah minggu lalu dimana Insyirah dan Abang Amir diserang asthma. Syukur mama ayah ada bersama mereka dan membawa mereka ke klinik untuk mendapatkan nebulizer. Mereka mulai diserang asthma bukan disebabkan makanan yang sebarangan atau cuaca, tetapi rupanya TERAMAT RINDU KAN ABI MEREKA!.

Mama saya memberitahu bahawa setiap hari apabila Insyirah pulang ke sekolah, dia akan ke bilik dan mengambil gambar Abi nya. Insyirah dan Abang Amir akan sama-sama menatap gambar Abi mereka sambil bercerita tentang Abi mereka. Mereka akan menyatakan rasa sayang dan rindu pada gambar Abi mereka sehingga kedua-duanya MENANGIS sambil bertanya pada gambar, bila Abi akan balik!. Mama dan bibik hanya memerhati dari jauh.

Cuma, pada hari diserang asthma, keduanya menangis agak lama sehinggakan badan mereka mulai panas dan nafas tersekat2. Pada hari itula, keadaan mereka agak teruk. Saya sedar kerinduan mereka kerana rapatnya hubungan mereka dengan Abi mereka yang amat manja dan mesra (walaupun agak garang). Begitu juga saya, tidak dinafikan, namun saya memberitahu mereka, ABI AKAN PULANG, ABI ADA TUGAS DI JAMIAH (JORDAN), sambil memujuk anak-anak.

Wasalam.

No comments: