Pagi ini saya menerima email dari hubby. Message dari hubby "Sama-sama kita sempurnakan solat kita :)"
- Bertaubat
- Menyesali dosa yang telah dilakukan
- Tidak tergila-gilakan dunia
- Tidak mencari /mengharap pujian orang (riya')
- Tinggalkan sifat berbangga
- Tinggalkan sifat khianat dan menipu
- Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan :
- Aku sedang berhadapan dengan Allah,
- Syurga di sebelah kananku,
- Neraka di sebelah kiriku,
- Malaikat Maut berada di belakangku, dan
- Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Subhanallah. Bagaimana pula dengan ibadah solat kita. Cubalah kita renungkan dan ambil manfaat dari kisah di atas untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah.
Insya Allah.






1 comment:
terkedu aft mmbaca entry nih.. trima kaseh atas peringtan
Post a Comment