.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Saturday, February 7, 2009

Mama Ayah ke New Zealand

Salam,

Selain perkembangan kemelut di Semenanjung Gaza, di Malaysia, perhatian teralih seketika kepada kemelut yang melanda di negeri Perak. Tak puas baca surat khabar, beratus blog menceritakan pelbagai kisah dan insiden yang mungkin tidak dipaparkan di dada akhbar. Kemajuan ICT kini sebenarnya menjadikan manusia lebih bijak dan "up todate". Ini pastilah dengan penulisan blogger2 yang hebat yang ada di Malaysia ini dalam mena'kul sesuatu isu dan tindakan dalam menyumbang kepada kepekaan masyarakat sekeliling.


Khamis lalu, 5 Februari 2009, mama dan ayah saya ke New Zealand. "Berhijrah" seketika sehingga bulan 5, mencari pengalaman baru dan menghirup udara yang lain. Mama agak sedih meninggalkan cucu-cucunya. Saya juga agak sedih kerana tiada teman untuk bercerita sehingga bulan 5 ni. Maka, tinggallah saya bersama anak-anak berserta bibik.


Doa saya semoga ayah mama bahagia berdua di mana jua kalian berada. Dimana jua kita berada, kita tetap seorang hamba yang perlu taat kepadaNya.


Saya dah pesan pada ayah supaya buka blog saya setiap hari untuk mendapatkan up date terkini tentang cucu-cucunya.

Jangan lupa ole-ole dari New Zealand utk kami yer :)

Wasalam.

No comments: