.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, August 11, 2009

H1N1

"BERSABARLAH DALAM MENGHADAPI PENYAKIT,
SESUNGGUHNYA PENYAKIT ITU PENGHAPUS DOSA"

Salam,

Sabtu lepas, Insyirah demam panas.

Ahad kelmarin, Abang Amir pula demam.

Isnin semalam, Isyraf pula demam panas.

Malam tadi, badan saya terasa bisa-bisa. Tapi rasa macam tak demam. Tekak sakit kerana batuk dan sakit kepala. Akibatnya, saya diberi cuti hari ini. Doktor suruh berehat. Saya hanya berehat di luar masjid UKM sementara menanti hubby selesai kuliahnya.

Ketika diperiksa oleh Dr. Reezal di Poliklinik UKM tadi, suhu saya 42' C. Tinggi! Tapi masalahnya, saya tidak merasa demam. Hanya seluruh badan bisa-bisa, tidak boleh dipegang. Doktor kata itulah simptom H1N1. Pesakit mempunyai suhu badan yang tinggi tetapi tidak merasa demam. Pelikkan! Oleh sebab itu kadar kematian yang meningkat oleh sebab H1N1 ada yang berpunca apabila pesakit tidak merasakan yang dia sakit! hanya selepas keadaannya kritikal seperti batuk berdarah, sukar bernafas, muntah-muntah dan sebagainya, barulah mereka rujuk ke hospital.

Maka, cegah dan waspadalah menghadapi saat-saat "wabak" seperti ini. Banyakkan makanan berkhasiat, buah-buahan dan air yang mencukupi. Kurangkan berada dikhalayak kerana ia medium penyebaran. Dengan cuaca yang panas dan berjerebu di Malaysia kini, pantau tahap kesihatan anak-anak. Sekurang-kurangnya mengambil data suhu badan mereka setiap hari. Hubby berpesan banyak istighfar dan zikir kepada Allah.

"Wabak" ini peringatan dari Allah untuk hamba-hambanya. Namun masih ada yang menafikannya.

Sedikit perkongsian dari Dr Reezal tentang simptom H1N1. Thank you Doctor!

PHAT - Patient Home Ascent Tools

1. Fever > 38'C > 3 Days

2. Chest Pain (Persistent)

3. Difficulty Breathing

4. Coughing of Blood

5. Vomiting (Persistent)

6. Confused (mamai, cakap tak betul, mengigau)

7. Low Urine Output

8. Giddy / Dizzy when Standing


Semoga kesakitan ini sebagai kafarah ke atas dosa-dosa seorang hamba.

Wasalam.

2 comments:

'Aqilah Suhaimi said...

syafakillah kak..
jaga anak2 supaya tidak terjangkit..budak2 kecil bahaya..
immune system tidak kuat..

Ilyana Ar Razi said...

Doktor Aqilah,

Tima kasih. Tu la, akak siankan anak-anak yang nak berkepit aje. Terutama Isyraf yang kuat menyusu.

Doakan.