Salam,
Haiwan Teladan Musim Ke 2 ditayangkan bermula semalam sehingga akhir Ramadhan dengan 20 Episod pada pukul 9.00 pagi di TV3.
Di Episod 1 (24 Ogos 2009 / 3 Ramadhan 1430) ini Insyirah masih malu-malu dan tidak biasa dengan sesi pengambaran. Saya pulak terasa malu menontonnya dan tergelak sendirian.
Melihat Insyirah diketika pengambaran ini, berbanding dengan Insyirah yang terkini, jauh sangat perbezaan beliau dari pelbagai aspek. Alhamdulillah, Maha Suci Allah. Diabadikan di Laman Kasih kami ini sebagai kenang-kenangan.
p/s : Kena silent dulu saya punya playlist, baru boleh tonton Haiwan Teladan :)

Episod 1, Bahagian 1
Episod 1, Bahagian 2
Episod 1, Bahagian 3
Wasalam.

11 comments:
This video is currently not available... insyirah mesti dah jadi anak dara sunti dan comel macam ummi dia juga..
salam yana,
serius, saya tak tahu ttg blog ni. tp saya ternampak kat visitor blog saya :P
saya pun tersenyum tgk Hasya, Insyirah dan yang lain dalam ni. Teringat pula waktu penggambaran tu dgn macam2 hal. Hasya pula malu dan siap menyorok blkg kerusi gelak2 masa mula2 nampak muka dia sendiri.hihi
saya link kan blog yana juga..
salam Ramadhan
Lupa saya nak tanya, kat mana yana d/load rakaman ni. saya tak jumpa pulak button nak record/dload dari web tu.tq
Mama Arni,
Tapi rasanya Aufa si comel berambut kerinting itu lebih jelas ketrampilan anak daranya walaupun lebih muda dari Insyirah. Berkat didikan Mama dan Babanya juga. Alhamdulillah.
Mmg tak boleh lupa karektor "kekakakkan" Aufa ketika Pangkor. :)
Hana,
Malula saya awak terjumpa blog saya ni. :)
Untuk download tu kena gi web TV3, pastu Login, pastu kat page Haiwan Teladan, register RSS. Itu aje.
Insyirah pun malu nak tengok. Siap menyorok dalam bilik.
Salam,
Comel betul Insyirah. Berbakat pulak tu mcm ummi dgn abi dia.
Nak tontonlah nanti , Mimi pun excited nak tengok Insyirah comel tu masuk Tv. Malu2 tu biasalah tapi dia berani nak ikut serta tu kira memang sporting .
kakak insyirah ni dah mewarisi bakat ummi dan abinya.. :) comel!
Kak Ina & Ayu,
Tak berbakat pun sangat, saje "buang masa".
Penat sebenarnya pengambaran ni.
Bila teringat pengambaran kami berdua untuk Haji 2007 dulu, nampak sgt gaya Insyirah yang ala-ala uminya. Tergelak sorang2.
Kak Raja,
Waktu siaran kul 9 pagi di TV3.
Kalau Mimi nak joint pengambaran rancangan "Bintang di Timur", bagitahu la yek.
Nak tunggu Kakak Shahirah & Abg Faheem balik Msia, takut tak sempat.
Kak Shahirah, Abg Faheem dan Kak Yaya untuk Musim ke 2 @ 3 la yer. :)
apa nak malunya.. :) sampai hati tak nak bgtahu tuuu...hihi
ada penggambaran apa Bintang di Timur tu? rancangan mana ni?utk kanak2 di timur tengah ke?
Post a Comment