.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Thursday, August 13, 2009

Saya & Dr. R

Salam,

Semalam saya bekerja, cuma apabila petang, terasa tidak tertahan lagi. Mata merah berair dan badan bahang kerana kepanasan. Seram sejuk dan dada terasa sakit apabila batuk. Alhamdulillah, tak selsema dan tak pening kepala. Saya redha dan bersyukur dengan dugaan kesakitan ini kerana nikmatnya ialah berehat. Berehat seketika dari tugas-tugas rutin seorang pekerja, isteri dan ibu. Nikmat yang lain ialah pastinya "perhatian yang lebih" dari orang disekeliling terutamanya dari si suami :) .

Cuma anak-anak yang kurang memahami kesakitan uminya ini. Bersabar sahaja la. Agaknya mereka "tension" melihat umi mereka ini asyik baring sahaja di atas katil dan tidak "hyper active" seperti biasa. Isyraf pula buat kerenah tidak mahukan susu botol, hanya mahukan "susu asli" apabila saya di depan matanya. Dengan badan yang tidak selesa dan suhu badan yang tinggi terasa perit juga. Namun di dalam hati saya berdoa SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA SAYA.

Saya sepatutnya menghadiri raptai untuk Konvokesyen saya pada Sabtu ini. Tapi ...

Saya pergi semula ke Klinik UKM dan berjumpa dengan Dr yang sama pada hari Selasa lalu. Beliau mengambil sedikit darah saya untuk di hantar ke makmal untuk dijalankan ujian. Keputusannya esok! Saya berharap yang saya sihat dan tidak bermasalah. Insya Allah.

Perbualan menarik antara saya dan Dr. R, dipendekkan dan hanya yang sesuai saya kisahkan :

Dr. R : Puan ada datang jumpa saya Selasa lepas kan? Puan rasa dah ok?

Saya : Ha ah, saya ada datang Selasa lepas tapi sehingga hari ni saya rasa batuk saya semakin teruk dan sakit dada. Saya nak minta Dr tukarkan antibiotik.

Dr. R mengambil tekanan darah saya, melihat tekak saya dan mengambil suhu badan saya.

Dr. R : Saya rasa saya perlu ambil sedikit darah Puan untuk diuji. Puan tinggal kat mana?

Saya : Saya tinggal di Shah Alam, Seksyen 19.

Dr. R : Kawasan denggi tak?

Saya : Entah, tapi fogging selalu dibuat. Dr. tinggal kat mana?

Dr. R : Saya tinggal kat Keramat. Puan Peguam yer? Kat mana pejabat Puan?

Saya : Wangsa Maju

Dr. R : Jauhnya berulang dari Shah Alam ke Wangsa Maju setiap hari.

Saya : Takde masalah sangat sebab ada highway, laluan saya merentasi kesesakan dan saya masuk pejabat pukul 10 pagi. Baby saya masih menyusu badan. Merbahaya tak dalam keadaan saya sakit sekarang ni.

Dr. R : Puan teruskan menyusu kerana susu Puan hanya membekalkan antibodi untuk anak Puan. Ia tidak bercampur dengan sebarang virus jangkitan.

Saya : Kiranya saya la yang hilang antibodi sebab bagi semua kat baby saya. Hi hi hi

Dr. R : Pahala tu Puan. Puan banyakkan supplement dan buah-buahan. Dan kesakitan ini penghapus dosa. Suami Puan pensyarah di UKM yer? Bidang apa?

Saya : Al Quran, Fakulti Pengajian Islam.

Dr. R : Mesti dia mahir ilmu Al Quran kan?

Saya : Insya Allah. Dr. dah ada bape anak?

Dr. R : Saya belum kahwin. Umur saya 37 tahun. Puan ada calon? (Sambil tergelak)

Saya : Calon ramai. Tapi kenapa belum kahwin? Takde girlfriend?

Dr. R : Takde masa nak cari girlfriend. Saya harap ada gadis akan meminang saya. (Gelak lagi). Lagipun bila usia dah semakin lanjut, dengan masalah-masalah dunia sekarang ini, saya nak menyumbang untuk Islam melalui kerjaya saya. Saya dapat rasakan jika saya berkahwin, kelak ... saya akan diletakkan di rumah orang tua oleh anak-anak saya. Saya dapat merasakan macam tu Puan. Sekarang ni, suami dan isteri bekerja. Anak-anak siapa nak uruskan dan pantau? Kalau saya nak kahwin, syarat isteri saya mesti tidak bekerja walaupun dia mempunyai ijazah profesional. Saya akan sediakan segalanya untuk dia dengan syarat dia boleh jaga dan didik anak-anak saya untuk kuat menghadapi dugaan dunia akan datang.

Saya : Memang benar zaman kini penuh cabaran dan dugaan. Dugaan dan cabaran dari keadaan sekeliling dan material. Dugaan dan cabaran dari sikap dan pemikiran diri sendiri dan pasangan. Sama macam saya, ingin terus menuntut ilmu, tetapi adakah anak-anak telah cukup persediaan ilmu dan akhlak untuk mereka menjadi seorang Muslim yang berkualiti untuk Islam akhir zaman. Kini, bila berada di zaman penuh cabaran, saya dapat rasakan 3 @ 4 orang anak adalah memadai, Alhamdulillah. Kalau Allah nak bagi lebih, rezeki dan nikmat yang berganda la kan. Yang penting di akhir zaman ini ialah Muslim yang berkualiti, bukan hanya kuantiti. Sebabnya, melihatkan keadaan dan cita-cita saya dan suami yang terus ingin memberi sesuatu yang berkualiti kepada masyarakat Islam, dengan 4 @ 5 orang anak, harapnya dengan izin Allah dapat membentuk sebuah keluarga Islam yang berkualiti.

Dr. R : Saya setuju. Kalau saya dapat sepasang lelaki perempuan pun, Alhamdulillah. Tapi masalahnya, calon pun takde.

Saya : Saya dapat MC tak hari ni?

Dr. R : Puan kena banyak berehat, jadi saya bagi Puan MC. Puan nak berkonvokan Sabtu ni.

Saya : Ok, terima kasih. Dr., saya nak tulis dalam blog tau tentang apa yang kita cakapkan tadi. Tidak sepenuhnya, mana yang sesuai sahaja saya akan tulis. Nanti bila free, Dr tengok blog saya.

Dr. R : Ok je Puan. Lagipun mana la tahu, nanti ada orang yang akan datang meminang saya. (Gelak lagi)

Saya : Mudah-mudahan. Insya Allah. Assalamualaikum.

Dr. R : Waalaikumussalam.

Saya tak tahu part mana yang menarik, namun masih ada yang boleh dikongsi bersama. Tersenyum saya mengenangkan situasi itu. Hanya sebahagian yang saya tulis semula. Yang lainnya perbincangan biasa antara seorang pesakit dan Doktor.

Setiap hari saya bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Sikap yang berbeza. Permikiran yang berbeza. Ada yang positif. Ada yang negatif. Ada yang bersemangat. Ada yang murung.

Alhamdulillah, hakikatnya ... mereka menjadi "cermin" kepada saya untuk sentiasa memperbaiki diri dan memberi semangat untuk terus berusaha dengan bermatlamatkan akhirat, sebagai hamba, isteri, ibu dan ahli masyarakat.

Semoga Dr. R bertemu Mrs. Right nya dengan segera. Ameen ...

Wasalam.

2 comments:

Unknown said...

menarik cerita ni..

erm, kekadang ayu terfikir sm cam dr R.. beri perhatian sepenuhnya anak2 d rumah.. krn perasaan bimbang begitu.. tp kdg2 mahu kuar bekerjaya..

mg Allah bg petunjukNya selalu..

Ilyana Ar Razi said...

salam ayu,

akak pun fikir macam tu jugak. macam kita berdua dah mengecapi kejayaan dunia, pasti kita mahu anak2 lebih berjaya dari kita. lebih berkualiti.

moga Allah kurniakan yang terbaik untuk kita sekeluarga.