Salam.
Memang kebiasaan keluarga saya untuk berkumpul dan makan-makan. Samaada berkumpul untuk kelas agama yang kami lakukan setiap petang hari Sabtu selepas Asar atau untuk kenduri doa selamat.
Semalam adik beradik Mama berkumpul dari pagi menyiapkan hidangan. Para anak sibuk bekerja termasuk saya, hanya akan datang lewat petang. Para cucu dan cicit akan meriuhkan suasana dengan tangisan, jeritan dan gelak ketawa. Namun, syukur ada 4 bibik yang boleh diarahkan itu dan ini.
Memang benar ... adakalanya "makan" ini boleh menyatukan hati dan silaturrahim. Allahyarhamah uwan saya memang terkenal dengan sikapnya yang suka menjamu orang makan. Sehingga saya diperingkat cucu menjadi tabiat apabila tiba sahaja dirumahnya, perkara pertama yang akan kami lakukan ialah MEMBUKA TUDUNG SAJI, MELIHAT APA YANG BELIAU MASAK PADA HARI ITU.
Kini beliau telah tiada, Al Fatihah. Kebaikan beliau serta kehebatan memasak beliau sentiasa saya kenang. Mama dan kakak serta adik perempuannya mewarisi kepakaran itu. Namun adakah kami diperingkat cucu dan cicit akan mewarisinya? Zaman semakin maju dan moden, segalanya mudah, namun tidak semua perkara akan dimamah oleh kemodenan zaman. Terpulang kepada jati diri masing-masing dalam mengaplikasikan apa sahaja dalam kehidupan ini.
Sebahagian gambar sebagai kenang-kenangan.

Dari kiri : Qayyim (cucu), Ashman (cucu), Ansari (cucu) dan Uwan Angah (kakak Mama)
Semoga ukhuwah kita sekeluarga berkekalan sehingga ke akhirnya. Insya Allah.
Wasalam.

3 comments:
Salam ,,,
Syg, apa yang abang Amir buat lawak tu???
Apa yang isyraf suka sangat??
Naper tak de gambar kakak Insyirah sorang2 ?
Nanti abang balik,,,adanak buat kenduri lagi tak ;) ??
Lapar masak asam ikan baguk!!! dengan sayur kangkung belacan. Boleh adjust ???
Tadi ada majlis perpisahan anjuran PPMA. Abang ada bg ucapan sikit. Ucapan yang bersulam kerinduan kepada umi yang amat sangat.
Selamatlah abang 'dikembalikan' kepada Umi dalam tempoh terdekat ni...amin.
Sayang selalu,,,
Wassalam.
Salam sayang,
Abg Amir tu main "mati-mati" mcm dalam Ali Baba Bujang Lapuk yang dia cakap "Aku mati dalam iman". Sebab tu Amir dok tersenyum2. Diselimutkan bawah karpet.
Isyraf seronok sgt sbb Fauzi acah-acah dia dengan aiskrim. Isyraf mmg suka makan aiskrim.
Abg balik nanti, ada kenduri lagi tapi kat kampung, nak "ziarah" uwan.
Setakat asam pedas ikan baguk dan kangkung belacan, esok pun umi boleh buat. Abg nak bila?
Alhamdulillah abang akan "dikembalikan" kpd kami. Smg selamat disepanjang perjalanan.
Can't wait !!!
isyraf tak pakai baju sbb dia kepanasan. pastu comot sbb asyik makan. dah tu suara dia paling kuat.
isyraf bulat ...
Post a Comment