
Salam,
Wabak H1N1 di Malaysia menggusarkan. 2 orang sahabat saya yang bertugas di Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur sedang berkuarantin di rumah kerana positif H1N1. Tugas mereka sebagai Doktor, pasti lebih terdedah kepada penyebaran H1N1 ini. Saya doakan semoga mereka segera sembuh.
Abi sentiasa mengingatkan saya supaya terus beristighfar dan berzikir kepada Allah, melihatkan keadaan saya yang tiada mood disebabkan ketidakselesaan badan saya. Walaupun saya boleh bercuti lagi hari ini, namun memandangkan saya boleh berjangkit kepada anak-anak, saya ke pejabat juga. Sambil berehat, saya boleh juga menyiapkan tugas-tugas yang bertimbun di pejabat.
Saya meminta staff agar jangan mendekati saya. Saya mencari-cari penawar untuk wabak ini. Semalam Dr Reezal ada memberitahu, "ubat kimia" @ ubat hospital ini tidak banyak dapat membantu. Saya perlu berusaha juga dengan kaedah ubatan asli iaitu daripada buah-buahan dan sayuran. Adik saya, Ayu di Amman menyuruh saya membaca artikel di blog Ust Aysraf di Amman, tentang JUS EPAL DAN ORANGE yang mungkin Insya Allah boleh menjadi antara penawar H1N1. Email dari Teacher Hazira juga menyatakan perkara yang sama. Terima kasih.
Selain, itu ada yang menyatakan penawar H1N1 yang lain iaitu :-
BUAH KURMA YANG DI KISAR DENGAN AIR KELAPA. Mungkin boleh saya cuba. Macam sedap jugak kan?
JUS TOK GURU + JUS DI HATIKU produk Kohalal.
Produk HPA
- IMT - 3 x 3
- ROSELLE - 5 x 3 dan TEH ROSELLE - 2 x 3
- MADU COSCINIUM - 2 x 3
- KOPI RADIX
- MALAC - 2 x 3
- TEH HERBA
HERBA CINA - Kena pergi Kedai Ubat Cina.
Sebagai hamba Allah sewajarnya kita insaf bahawa ia merupakan suatu bala atau peringatan yang diturunkan oleh Allah bagi memberi peringatan kepada manusia agar tidak berbuat dosa dan maksiat serta kemungkaran sesuka hati di atas dunia milikNya.
Sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk melakukan apa sahaja dengan sekelip mata dengan berkata jadi ... maka terjadilah sesuatu yang dikehendakiNya sebagaimana firman Allah dalam Surah Yasin ayat 82 dan 83
Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya “Jadilah” maka terjadilah ia.
Maka Maha Suci (Allah) yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.
Justeru marilah kita berusaha untuk menghindarkan wabak tersebut dengan cara mengurangkan aktiviti yang melibatkan orang ramai dan mengamalkan panduan-panduan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan WHO dari semasa ke semasa.
Selain itu banyakkanlah berdoa kepada Allah agar kita dan keluarga dihindarkan dari terkena wabak tersebut.
Semoga wabak ini tidak menular dan mengorbankan jutaan manusia di seluruh dunia sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1918. Saya akan menceritakan kisah wabak merbahaya pada tahun 1918 kelak.
Maaf salah silap, terlanjur kata, terkasar bahasa.
Wasalam.






3 comments:
Salam akak, semoga cepat sembuh.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20090809113646/Article/
Berita ni ada sebut, pengambilan makanan beralkali dpt kurangkan risiko jangkitan virus.. Sbb virus suka asid. Dia cadangkan air kelapa..
Syukran Dr. Humairah,
Masalahnya, akak kalau minum air kelapa, mesti sakit perut, memulas-mulas dan terbe***. Kenapa yek?
Tapi akak nak cuba resepi buah kurma dan air kelapa. Mcm sedapkan.
Doakan.
syafakillah fauran dear Sis! :)
Post a Comment