.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, August 4, 2009

Seminar Takhrij Hadith

SEMINAR TAKHRIJ HADITH : REALITI DAN KEPERLUAN DALAM MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA

Seminar ini diadakan dengan objektif seperti berikut:

1. Mendedahkan keperluan dan usaha takhrij hadith dalam masyarakat serantau.
2. Mengenal pasti peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam menangani penyebaran hadith-hadith palsu dan terlalu daif dalam masyarakat awam serantau.
3. Mengenal pasti cabaran dan rintangan dalam memastikan kesahihan hadith-hadith Nabi s.a.w

TEMA

"Ilmu Takhrij Pemangkin Keutuhan Maklumat"

Tema di atas akan dibahaskan dalam bidang-bidang kajian seperti berikut:

- Ilmu Takrij Dan Kaedah-Kaedah Takhrij
- Keperluan dan Kepentingan Takhrij Di Institusi Pengajian Tinggi dan Dalam Masyarakat Awam
- Cabaran dan Permasalahan Dalam Mentakhrij Hadith
- Takhrij Menggunakan Kaedah ICT
- Keperluan Takhrij Dalam Bidang Aqidah, Fiqh, Tasawuf
- Keperluan Takhrij Kitab-Kitab Jawi
- Keperluan Takhrij Dalam Buku-Buku Bacaan Awam/ Surat khabar/majalah/khutbah Jumaat
- Bahaya Penyebaran Hadith-Hadith Palsu Dan Terlalu Daif dalam Masyarakat
- Mekanisme Menangani Penyebaran Hadith Palsu Dan Daif
- Keperluan E-hadith Dalam Takhrij Hadith

TARIKH : 30 dan 31 Disember 2009 (Rabu & Khamis)

TEMPAT : Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

PENGANJUR : Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur KERJASAMA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Pembentang kertas kerja utama terdiri daripada :

Prof. Dato' Dr. Mohd. Yakub@Zulkifli Hj Mohd Yusoff (UM)
Prof Dr Muhammad Abu Layth Khayr Abadi (UIAM)
Prof Dr Jawiah Dakir (UKM)
Prof Madya Dr Fauzi Deraman (UM)
Prof Madya Dr. Rozdi Othman (USM)
Prof. Madya Dr. Ishak Hj Suliaman (UM)
Prof Madya Dr. Abdullah Benyousef Kareena (Prince of Songkla University)
Dr Lutfi Fathullah (UIN Jakarta,Indonesia)

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI SEMINAR INI, BOLEH KEMUKAKAN ABSTRAK KE EMEL : takhrij@gmail.com.

Semua Muslimin dan Muslimat, Para Pelajar, Ahli Akademi di jemput hadir dan menyertai seminar ini.

Lama lagi ni, kena masukkan dalam diari. Sesuai untuk Abi rasanya.

Wasalam.

No comments: