Saya beransur pulih. Alhamdulillah, kerana semangat nak kembali ke pejabat (kesian staf2 tersayang), semangat nak berkonvokesyen esok, semangat nak buat kuih raya Ahad ini dengan Mama dan semangat nak menemui Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan dalam keadaan sihat dan kuat untuk beribadah. Insya Allah.
Cumanya, anak-anak pagi ni semacam mula nak demam. Ya Allah, kasihanila anak-anakku.
Harapnya esok anak-anak pulih seperti biasa. Insya Allah.
Majlis Konvokesyen Ke 37, UKM, 15 - 19 Ogos 2009
Al Fatihah untuk Allahyarham Ust Asri Rabbani. Semoga beliau berada dikalangan para soleh. Semoga perjuangan seni beliau diberkati Allah. Saya sedih apabila radio mengumandangkan lagu ini. Lirik yang memberi sejuta makna yang perlu kita ambil iktibar dan insafi.
Beliau telah menerima Jemputan Khas dari Allah SWT. Kita semua akan menerima Jemputan Khas ini juga. Bersedialah ...
Pergi Tak Kembali
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa.
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata.
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi






2 comments:
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return..
alfatihah.. n salamm dr me dikejauhannns
syukran atas ziarah en me.
saya link yer.
bersamalah kita saling mengingati
Post a Comment