Salam,
Dalam kemeriahan menyambut 1 Ramadhan 1430 hari ini yang penuh rahmat dan keberkatan, bersamaan 22 Ogos 2009, Insyirah genap usianya 6 tahun. Alhamdulillah, puteri sulung saya Nurul Insyirah, dengan izin Allah, terus diberi nikmat usia dan kesihatan untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
Tiada sebarang majlis, kerana Ramadhan lebih utama. Hanya "Party Bags" saya sediakan untuk rakan-rakan Insyirah di Restu Kids. Kek Hari Jadi, Insya Allah di Aidilfitri nanti.
Dalam kemeriahan menyambut 1 Ramadhan 1430 hari ini yang penuh rahmat dan keberkatan, bersamaan 22 Ogos 2009, Insyirah genap usianya 6 tahun. Alhamdulillah, puteri sulung saya Nurul Insyirah, dengan izin Allah, terus diberi nikmat usia dan kesihatan untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
Tiada sebarang majlis, kerana Ramadhan lebih utama. Hanya "Party Bags" saya sediakan untuk rakan-rakan Insyirah di Restu Kids. Kek Hari Jadi, Insya Allah di Aidilfitri nanti.
Party Bags untu anak-anak Restu Kids
Semoga anak-anak semua bakal menjadi mujahid dan mujahidah
Umi doakan Insyirah kekal dalam perlindungan dan kasih sayang Allah. Dilapangkan hati dan fikiran untuk terus menuntut ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan dan panduan kehidupan di dunia dan akhirat serta menyumbang untuk Islam. Semoga menjadi anak, pelajar, isteri dan srikandi yang solehah, berakhlak mulia, kuat, tabah, berilmu dan taat pada Allah sepenuhnya. Dan semoga dikurniakan seorang suami yang soleh dan taat pada Allah serta zuriat yang soleh solehah.
Umi akan terus mendidik, membimbing dan mengasihi Insyirah dengan panduan yang Allah jua berikan. Insya Allah, kita akan sama-sama terus berusaha untuk mendapatkan rahmat Allah di dunia dan akhirat kelak.
Umi dan Abi mohon bantuan pada Allah agar dimudahkan urusan dalam mendidik anak-anak menurut displin-displin Allah agar perjuangan umi didunia ini bukan hanya untuk "menyediakan" pejuang-pejuang Islam tetapi juga umi dan abi berkesempatan untuk berjuang sendiri untuk Islam dan berharap bersama-sama para syahid syuhada di syurga Allah kelak.
Lagu Puteriku Sayang oleh Hijjaz ini umi tujukan khas untuk Mu sayang. Kelak, bila dirimu meningkat dewasa, hayatilah bait-bait lagu ini dan jadikan ia secebis di antara panduan untuk Mu menghadapi kehidupan sebagai seorang srikandi, Insya Allah.
Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang.
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati.
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri.
Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri.
Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya.
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman.






6 comments:
kak tiah,
selamat hari lahir, besar dah. tinggi mcm abi ...
kakak insyirah..
happy birthday..mg jadi anak solehah, srikandi mujahidah masa depan..insyaAllah..
baguslah restu kids ni.. bagus sgt2.. :)
Kak Rini, syukran!
Ayu, syukran.
Nanti kita buka branch Restu Kids kat area UKM @ USIM. Kita ikut method pendidikan Restu Kids. Ok?
salam,
Happy belated birthday buat Insyirah dari Hasya dan keluarga. Moga apa yg umi dan abi Insyirah doakan termakbul. amin.
Tq Hasya sekeluarga,
Birthday Hasya bila?
Owhh ingat dah, Hasya ada buat party hari tu, tp aunty yg tak dapat dtg sebab kena pergi Gombak.
Birthday Shahir nantila, jemput aunty lagi.
Post a Comment