Salam,
Inilah resolusi yang diperolehi hasil dari perbincangan para ilmuan tentang "Kerelevanan Baitulmal Di Malaysia" di KBK 2009 lalu.
Pada pendapat saya, BM pastinya masih relevan untuk umat Islam kerana ia merupakan satu institusi utama dalam sistem kewangan dan ekonomi Islam. Apa yang jelas, dari segi teori dan amalan BM di Malaysia masih terpisah daripada "hakikat dan fungsinya yang sebenar" menurut prinsip Islam yang hakiki.
BM yang memikul amanah menguruskan harta dalam kedua-dua bentuk "haqqullah" (hak Allah) dan "haqqul-ummah" (hak ummah) perlu meningkatkan lagi keberkesanan mereka berdasarkan pedoman yang telah digariskan oleh Khalifah Umar Al-Khatab RA menerusi 3 dimensi "itqan" iaitu diterima dengan hak, diberi kepada yang berhak dan dihindari atau disekat penyelewengan terhadapnya.
Resolusi KBK 2009 :
1. Menjadikan BM sebagai dana awam yang mempunyai hak untuk bertindak bagi pihak masyarakat Islam bagi melindungi kepentingan dan membangunkan ekonomi umat Islam di negara ini.
2. Memperkasa peranan BMsebagai pemegang amanah khazanah harta umat Islam dengan lebih bersistematik melalui penubuhan Permodalan Baitulmal Kebangsaan (PBK).
3. Meningkatkan perlaksanaan wakaf tunai dan dijadikan sebagai sumber utama serta menerbitkan sukuk @ bon dan juga instrumen kewangan yang lain dalam jumlah yang besar bagi mengukuhkan dana Permodalan Baitulmal Kebangsaan.
4. Melahirkan modal insan yang berintegriti dan profesional ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dalam pengurusan harta Baitulmal.
5. Memantapkan infrastruktur bantuan dengan mengadakan kajian yang menyeluruh dan mewujudkan pengkalan data maklumat yang komprehensif mengenai status sosio-ekonomi ummah.
6. Melibatkan cerdik pandai dan cendekiawan daripada pihak swasta mahupun awam serta mana-mana pihak atau individu yang boleh menyumbang bagi membantu merancang dan menggerakkan aktiviti sosio-ekonomi ummah.

Wasalam.

No comments:
Post a Comment