Salam,
Mama menangis mendengar nasyid Pergi Tak Kembali nyanyian Ust Asri Rabbani. Kenapa berasa sedih? Sedih kerana sebutir mutiara pejuang yang berjuang di jalannya sendiri telah menerima jemputan Allah yang lebih mengasihinya. Meninggalkan banyak pesanan melalui alunan gemersik suara beliau. Apabila beliau telah pergi dan tidak akan kembali, segalanya akan dikenang.
Tulisan di blog beliau :
Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat, aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku ...
Ungkapan yang penuh makna dan pastinya beliau mempunyai tafsirannya yang tersendiri.
Kisah malam terakhir beliau bersama isteri beliau :
“Sebelum ni, dia selalu sibuk dan tak ada masa, tapi malam semalam dia ‘call’ saya dia kata” Abi dah on the way balik, kita makan kat luar jom?.” Saya pun kata: “Ok lah, Ummi pun lapar…”
“Masa tu dia kata : “Mintak apa saja”. Jadi kami pun makan di kedai, lepas balik makan malam tu, kami ’spend time’ tengok tv bersama… Malam tu ‘nice’ sangat,” kata Haliza dalam keadaan senyum namun masih ada kesedihan diraut wajahnya.
Saya terharu seketika. Adakalanya kematian itu datang tanpa sebarang amaran. Ia membuatkan saya terasa rindu pada suami saya, walaupun jarak kami hanya 40 km. Saya berharap dia pulang segera supaya saya masih berkesempatan memohon maaf dan mendapatkan redhanya. Dan semoga saya terus mampu untuk berkhidmat kepadanya sebagai seorang isteri dan teman sejati di atas dunia yang sementara ini.
Wasalam.






No comments:
Post a Comment