.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Friday, April 3, 2009

Ahad 29.3.2009

Salam,

Saya ke KLIA menjemput seseorang yang amat "istimewa" buat saya. Akhirnya ...

Namun saya memberitahu anak-anak yang saya ingin menjemput sahabat baik saya tanpa memberitahu merea perkara sebenar. Saje ... surprise!

Tapi anak-anak saya ni apabila masuk kereta, mesti tido sepanjang perjalanan.

Setelah menanti 30 minit akhirnya saat yang dinanti pun tiba. Amat manis dan indah ...

Anak-anak membuka mata dan terkedu, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

Berulang kali mereka berpaling ke arah saya meminta kepastian. Saya hanya tersenyum.

Abang Amir terus menerpa memeluk. Insyirah pula berkata, "Umi kata nak ambil kawan umi, tapi ini kan A**. Tak baik umi cakap tak betul pada kakak". Saya terkedu dan rasa bersalah kerana ingin membuat "surprise" tapi dianggap "bercakap tak betul". Maka, saya menerangkan perkara sebenarnya dan minta maaf. Itulah kanak-kanak, yang hati dan fikirannya masih "lurus".

Kami kemudian terus ke Sg Sekamat, Kajang bertemu Mak dan Abah.

Lewat petang kami ke Shah Alam semula ke rumah Uda untuk menghadiri Kenduri Aqiqah anak ke 6 beliau. Kambing panggang menu utama berserta salad, mee kari, bubur jagung dan pelbagai kuih muih. Nama baby baru ini "Muhammad Ansari" yang sama seperti abangnya "Ahmad Ansari". Jadi, ada 2 "Ansari". Mulutnya seolah mulut Isyraf, baby bulat saya.

Doa kami semoga menjadi anak yang soleh dan membanggakan Islam.

Kami pulang awal kerana "kekasih" saya itu amat penat mengharungi perjalanan yang jauh. Perlu tidur.

Esok, lusa dan tulat masih ada untuk kami. Insya Allah. Sementelah juga saya yang bercuti dari "tugas" selama seminggu.

Wasalam.

No comments: