.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Saturday, April 18, 2009

Masih di Kemaman

Salam,

Rentetan dari post Kak Raja Kemaman bertajuk "2 kisah ceria".

Selepas program Maulud kami membuat keputusan untuk bermalam di Kemaman, Terengganu. Maka berpusing-pusinglah kami mencari tempat untuk menginap. Akhirnya, kami check-in di Hotel Utama Cukai di Bandar Kemaman. Sementara itu, saya bersms dengan Kak Raja untuk kami bertemu.

Kak Raja saya kenali ketika saya di Amman, Jordan. Dalam era kenangan bersama Kak Ina, Che Awah, Bonda, Jaz Shila, Diana, Ayu dan lain-lain. Seorang wanita yang hebat pada pandangan saya melalui titipan kehidupannya di blog silversarina. Dan yang penting seorang ibu yang amat "sporting" dan "up todate" kepada anak-anaknya. Suami beliau, Abang Anuar mempunyai "bau-bau bacang" dengan keluarga ayah saya di Slim River & Ipoh, Perak.

Alhamdulillah, manisnya ukhuwah itu berkekalan hingga kami sama-sama berada di Malaysia. Insya Allah, kemanisan itu kekal bersama sahabat-sahabat yang lain.

Kami berehat sejurus masuk ke bilik hotel kerana telah berjanji ingin membawa anak-anak ke tepi pantai dan makan-makan pada petangnya.

Lewat petang baru kami sekeluarga bangun dan bergegas keluar untuk menikmati angin pantai dan Sata yang dirindui. Kali terakhir kami makan Sata, ketika menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami Ust Dahlan yang sedang berada di UK kini di Kampung Air Putih, Kemaman. (Betul ker?).

Makan Sata sebelum ke Pantai Mak Nek

Restoran Mak Mah yang popular di Pantai Mak Nek, Kemaman, telah habis Sata dan Pais Ikannya. Kecewa sungguh saya. Maka terpaksalah kami mencari kedai lain yang tidak sehebat Restoran Mak Mah untuk makan Sata, namun masih hebat tapi tak sehebat.

Selepas makan kami bergegas ke Pantai Mak Nek untuk membawa anak2 bermain kerana hari semakin kelam.

Pantai Mak Nek, Kemaman dalam kenangan

Ya Allah, satukan hati-hati kami dalam iman dan kasih sayang

Malamnya kami sekadar berehat di dalam hotel kerana anak-anak tidur awal kepenatan.

Paginya, dalam pukul 6.45 pagi saya menerima panggilan dari Kak Raja. Alhamdulillah kami akan bertemu di rumah beliau pagi ini. Saya bergegas mengejutkan anak2 dan menyiapkan mereka kerana ingin segera bertemu Kak Raja dan suami.

Dalam bilik Hotel Utama Chukai, Kemaman

Akhirnya kami tiba di rumah Kak Raja dan saya terharu kerana akhirnya saya bertemu juga dengan beliau. Anak2 beliau Mimi dan Izad bersekolah. Jadi tak dapat juga saya bertemu si Mimi. Kami mengimbau kenangan-kenangan di Amman, Jordan ketika anak masing-masing masih kecil termasuk anak-anak Kak Ina & Ust Mujahid.


Sarapan di rumah Kak Raja. Nasi Dagang, Roti Canai dan kuih muih.

Kak Raja menjamu kami Nasi Dagang kegemaran saya, Roti Canai kegemaran anak-anak saya dan kuih muih Terengganu. Memang sedap tak terkata. Terima kasih Kak Raja! Ketika sedang makan, anak2 tak reti duduk diam. Bergaduh sesama sendiri, usik sana dan usik sini. Sabar ajela. Banyak yang kami bualkan.

Setelah 3 jam bersama Kak Raja dan Abang Nuar, kami pulang ke hotel untuk berkemas pulang. Kami berjanji akan bertemu Kak Raja semula di Restoran Mak Mah pada pukul 2.30 petang. Kak Raja pesan mesti datang awal supaya dapat merasa keenakan makanan di restoran itu.

Pukul 2 kami telah tiba di Restoran Mak Mah. Memang benar, kedai ini penuh dideru oleh pelanggan. Syukur, kami dapat tempat duduk. Kak Raja dan Abang Nuar datang kemudiannya. Kami memesan Sata, Pais Ikan dan Pulut Panggang. Penuh meja. Namun, Isyraf merengek2 kerana panas, agak mengganggu tumpuan saya untuk makan :). Isyaraf mengantuk sebenarnya. Kerana apabila dalam kereta, beliau terus terlena.

Bersama Kak Raja dan Abang Nuar

Manisnya ukhuwah. Insyirah merajuk ketika ini.

Sebelum meninggalkan Kemaman, Terengganu, kami sempat membeli buah tangan dan hadiah sebagai kenangan. Terima kasih Kak Raja dan suami kerana sudi menerima ketamuan kami dengan penuh kasih sayang. Jemputlah bertamu ke rumah kami pula. Tak sempat bertemu Mimi dan Izad. Insya Allah lain kali.

Wasalam.

5 comments:

Fez said...

eh akk lupa nak kaburkan muka ust AF. hehe..

Fez said...

eh akk lupa nak kaburkan muka ust AF. hehe..

Anonymous said...

Seronoknya percutian ke Kemaman, K ina dan keluarga rasa macam nak terbang pulang ke Terengganu.

Tak sabar nak makan nasi dagang 'pure' Terengganu, sata, roti canai.

Cantiknya rumah K Raja, pinggan-pinggan pun cantik...selera nak makan.

Anyway selamat bercuti untuk Yana sekeluarga.

Ilyana Ar Razi said...

salam,

fez, ni ust razi la bukan ust AF :)

kak ina, best best jalan tganu. akak beli set pinggan cantik2 kat jordan tau. nanti boleh jamu yana pulak :)

Anonymous said...

Hahaha...Insya Allah...nanti K Ina jamu kat Kelantan, k.