Mama saya selamat tiba dari Napier, New Zealand selepas 3 bulan "bercuti" di sana. Alhamdulillah, seronok sangat. Maka, saya kembali berteman.
Mama pulang dengan wajah yang ceria, badan yang sihat, hati yang tenang dan penuh kerinduan terutamanya kepada Insyirah, Amir dan Isyraf. Saya gembira melihat mama gembira.
Macam-macam yang mama belikan untuk kami di sini sebagai kenangan dan tanda kasih sayang. Pelbagai kisah yang kami kongsikan. Dan mama bertekad, tahun depan mesti ke New Zealand lagi untuk berehat dan bertukar angin. Nanti saya lampirkan gambar2 mama di sana.
Anak2 teruja melihat kepulangan mama terutamanya Insyirah dan Amir. Dan pasti kerana hadiah-hadiah yang ingin dituntut.
Ayah dan Nazmi masih di Napier, New Zealand. Apa la yang seronok sangat di sana agaknya?
Bila la agaknya hubby nak bawa saya ke sana pula? :)
Wasalam.






2 comments:
wah..seronok sangat lah kakak insyiran dan abg amir dapat present.. :)
nanti aunty yana post hadiah untuk uwais dan hanin!
Post a Comment