.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Sunday, April 26, 2009

Nombor Bertuah!

Salam,

Awal pagi saya dan anak2 bersiap untuk ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, Kuala Lumpur. Saya sangkakan saya antara yang awal, namun PWTC telah dipenuhi manusia. Baru pukul 9 pagi, susah nak cari parking. Asalnya saya bercadang ingin membawa anak2 menaiki Komuter, namun memikirkan saya banyak hal yang perlu uruskan hari ini, maka saya memandu ke PWTC.

Alhamdulillah, saya memenangi cabutan nombor bertuah. Hadiahnya, saya boleh pilih beberapa buah buku yang saya suka. Saya ditanya buku jenis apa yang saya minat. Saya memberitahu yang saya tak minat novel cinta dan apa jenis novel pun yang menceritakan kehidupan manusia.

Saya sukakan yang "FACT & FIGURE", iaitu buku berkaitan Sejarah, Tamadun, Sains dan Matematik. Lagipun ini memang subjek kegemaran saya dibangku sekolah. Mungkin juga sejak kecil saya telah dibawa menjelajah merata tempat di dunia ini menjadi saya amat berminat dengan sejarah dan ketamadunan. Ayah dan mama akan beri saya satu buku nota di setiap tempat yang kami kunjungi dan saya perlu mencatat tentang perkara yang saya lihat dan lawati.

Saya masih ingat lagi tentang rahsia Bunga Tulip di Belanda yang merupakan bunga diraja. Terdapat lebih 300 warna bunga tulip. Bayangkan betapa cantiknya sebuah taman diraja yang hanya dipenuhi bunga tulip yang pelbagai warna. Saya telah ke tempat itu ketika di Amsterdam, Netherland. Namun, terdapat bunga tulip berwarna hitam yang menjadi 'Puteri Tulip" kerana ia akan dipersembahkan kepada Permaisuri Belanda suatu ketika dahulu. Hanya pada waktu tertentu ia akan tumbuh dan ia akan memberi tafsiran menurut berapa batang @ kuntum yang tumbuh. Di dalam kamar permaisuri akan dihiasi hanya tulip yang berwarna hitam dan sedikit kelabu.

Begitu juga contohnya Belanda yang dikenali sebagai "Thousand Island" kerana asalnya tanah Belanda itu adalah hasil gabungan ribuan pulau-pulau kecil. Melihat apa yang ada di dalam Kincir Angin yang sebenarnya sebuah rumah kediaman. Melihat strategi peperangan yang Belanda rancang sebelum menakluki Indonesia dan Melaka.

Macam-macam lagi kisah yang saya ada bukukan ketika kecil dahulu. Bila dibaca semula, adakalanya saya sendiri tidak faham apa yang saya tulis dengan tulisan yang kurang kemas suatu ketika dahulu. Namun, segalanya mencatat satu kenangan yang amat indah untuk saya kenang dan kongsikan bersama anak-anak kelak.

Saya meminati Sains dan Matematik kerana sejak sekolah rendah hingga menengah, apabila cuti sekolah, contohnya cuti sekolah Tingkatan 1, saya akan dihantar ke tuisyen untuk Sains dan Matematik Tingkatan 2. Begitulah yang berlaku sehingga saya Tingkatan 5. Namun tuisyen saya itu tidak mengajar Sains dan Matematik kaedah buku teks. Cikgu Zainal Abidin akan mengajar kaedah Matematik dari Singapura yang ringkas tapi tepat yang direka oleh Israel, kata beliau. Oleh sebab itu Israel Zionis itu amat mahir dan hebat dalam bidang Sains dan Teknologi. Memang susahlah kan sebab konsep asas dari buku teks pun saya tak belajar lagi. Tetapi apabila kelas bermula di awal tahun saya akan teruja dan bersungguh-sungguh apabila kelas Matematik dan Sains. Jika cikgu suruh buat 5 soalan, saya akan buat 15 soalan.

Saya berharap agar dapat bertemu dengan Cikgu Zainal. Kali terakhir saya bersama beliau di pusat tuisyen di PKNS, Shah Alam. Saya nak kuasai semula kaedah-kaedah yang beliau ajar itu untuk disimpan dan diajar semula kepada anak2. Saya masih menyimpan buku2 nota Matematik saya itu tapi belum mula mengkaji lagi.

Maka, inilah buku2 yang saya pilih sebagai hadiah kerana nombor yang bertuah hari ini. Alhamdulillah!

Untuk Insyirah dan Abang Amir


Untuk Insyirah dan Abang Amir lagi

"Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain"

"Yakjuj Makjuj, Bencana Di Sebalik Gunung"

"Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah". Khas untuk suamiku, Ahmad Fakhrurrazi.

Wasalam.

4 comments:

Anonymous said...

Sayang, buku tu hadiah utk abg ker?Timo kaseh la bbnyak.Abg baru nak pk2 utk hadiah besday umi...ada apa-apa yang umi nak ?? Meh khabaq kat abang nooo :)

Anyway, thanks syg,,,

Ilyana Ar Razi said...

Umi dah pikir nak minta hadiah apa. Nanti umi sms :)
Doakan umi dan anak2 sentiasa dlm lindungan dan kasih syg Allah.

nazmi said...

along dan abg razi nak hadiah apa dari new zealand?
mimi nak belikan skuter untuk amir dan kakak. ok?

Ilyana Ar Razi said...

mi, airport nz kan strict, bole ke lepas skuter tu? beli hadiah kecil byk2, along nak bg kawan2 dan staff :)