.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Friday, April 3, 2009

Isnin 30.3.2009

Salam,

Pagi yang indah, lebih indah dari semalam. Semoga ia kekal indah. Alhamdulillah.

Kami bercadang untuk pulang ke Kajang. Namun, selepas menguruskan hal-hal di Jabatan Imigresen Kajang, kami sekeluarga ke Beranang.

Di Beranang, bapa mertua saya ada tempat rehlah. Ada 5 kolam ikan yang besar untuk memancing dan pokok buah-buahan, ulam ulaman yang pelbagai. Dahulunya, berpuluh ekor kambing juga Abah ada bela untuk anak cucunya, namun kini kambing2 itu telah dipindahkan ke kampung.

Kadang kala, kami semua berkelah di sana.

Anak-anak yang paling gembira menyauk ikan. Namun, bukan ikan yang disauk, hanya daun-daun kering yang terapung. Bagus jugak, boleh tolong Abah bersihkan kolam2nya.

Anak2 terus bermain dengan gembira. Kami tiba lewat ke Kajang.

Wasalam.

p/s : Gambar kenangan masih dalam proses. Khas untuk tatapan Abi.

No comments: