.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Sunday, April 12, 2009

Balas tag Ust Kay Ree

Salam,

Saya balas dulu tag Ust Kay Ree, sebab tak susah sgt seperti tag Ayu Amman dan Ain. Insya Allah saya akan balas juga ye ayu dan ain. Maaf yer.

Malam tadi kami sekeluarga ke Masjid Negara sempena Majlis Maulud yang ada saya nyatakan di post sebelum ini. Saya dapat merasakan ia suatu majlis yang penuh rahmah, sakinah dan barakah. Cumanya Isyraf tidak bermaya sangat kerana gusi yang bengkak nak tumbuh gigi. Maka kurang tumpuan kami nak berselawat dan berqasidah. Takpe, insya allah, di majlis-majlis akan datang.

Kita ke soalan tag.

1.Kenapa kamu berblog?

Saje. Saya bukan blogger tegar. Bila ada masa lapang baru teringatkan blog ni. Saya ada tugas lain yang lebih penting dan bermanfaat dari menumpukan perhatian kepada blog saya ini.

2. Apakah method penulisan dalam blog kamu?

Apa sahaja yang berkaitan dengan saya sekeluarga dan yang boleh dimanfaatkan. Saya tak berminat nak bercerita tentang orang lain di blog saya walaupun sebenarnya ia bermanfaat kepada orang lain.

3. Antara isi dan rupa blog, mana yang kamu lebih utamakan?

Dua-dua. Saya seorang yang pentingkan kebersihan dan suka sesuatu yang cantik. Tapi kalau tak cantik pun saya suka. Sedap mata memandang. Isi juga penting dimana saya akan pastikan apa yang saya tulis hanya 50% peratus sahaja yang saya sampaikan. Lagi 50% saya simpan di tempat lain.

4. Letak widget lagu tak dalam blog? Sebab apa pilih lagu tu?

Ada. Lagu "Alhamdulillah", sebab hubby suka. Lagu "Your Mother", ditujukan khas untuk anak2. Insyirah dok nyanyi lagu tu setiap masa untuk saya. Lagu "Selamat Ulangtahun Sayang" sempena Hari Lahir hubby yang ke 29 yang lalu. Lagu "Ayat-Ayat Cinta" sebab hubby ajak saya tengok cite ni, hubby kata dia tengok cite ni kat Amman dengan sahabat dia Ust Hani dan Ust Musab. Saya tengok cite ni rasa tension sebab lambat sangat. Bila lambat ia mengganggu perasaan saya. Namun ia merungkaikan "Sehebat mana pun cinta kita kepada manusia, cinta pada Allah seharusnya maha lebih hebat". Ameen. Nasyid "Asma ul Husna" sebab Insyirah dan Abang Amir dok menghafal nasyid ni.

5. Banyak2 artikel dalam blog kamu, paling suka yg mana? Sebab apa?

Tentang anak2 dan berjalan-jalan. Kerana anak-anak adalah kenangan paling indah dalam hidup saya. Amanah Allah yang akan saya didik dan pelihara menurut landasan Islam dengan penuh kasih sayang. Ya Allah, bantulah hamba mu ini.

Saya memang suka berjalan. Sejak kecil mama ayah bawa saya berjalan serata dunia. Dah kahwin, hubby jugak suka bawa saya berjalan. Masa kecil setiap kali saya keluar negara, saya mempunyai satu jurnal yang mengisahkan perjalanan saya dari awal hingga akhir. Saya masih menyimpannya berserta gambar2 kenangan. Bila saya dah tua, saya nak tunjuk pada anak-anak dan cucu-cucu saya. Insya Allah. Ada lebih 20 koleksi "My Journey to ... " yang saya simpan. Cuma sekarang, tak yah susah-susah tulis guna tangan, simpan dalam blog aje. :)

6. Pernah terasa nak hapuskan blog kamu? Sebab?

Pernah. Sebabnya, ada seorang sahabat saya ni "tak puas hati @ cemburu" dengan saya. Dia persoalkan kenapa tulisan2 saya menunjukkan yang kehidupan saya sekeluarga ini semuanya sempurna, tak pernah ke saya rasa sedih atau kecewa. Kenapa saya tak tulis tentang research-research saya supaya lebih ilmiah. Kenapa saya tak tulis tentang kes-kes guaman saya supaya pembaca boleh terdidik.

Saya rapat dengannya. Saya membalas, saya tak reti nak berkongsi masalah dengan orang lain di alam cyber ni. Saya pernah aje rasa sedih dan kecewa. Tapi saya ni jenis simpan dan pendam. Saya kata padanya, saya hanya terus ber"blog" dan monolog kepada Allah, daripada saya meluahkan rasa sedih dan kecewa saya kepada manusia.

Saya tak menulis tentang research-research saya sebabnya saya belum dilindungi oleh "Akta Hakcipta". Itu hak saya samaada untuk menyiarkan keseluruhan dapatan-dapatan research saya. Saya belum bersedia lagi. Insya Allah akan datang.

Saya tidak menulis tentang kes-kes guaman saya kerana itu amanah saya untuk menjaga privasi mereka. Tugas saya hanya membantu mereka menyelesaikan masalah menurut bidang saya yang adakalanya tidak sesuai diketahui umum. Tugas saya amanah Allah untuk saya membantu sesama manusia.

Sahabat saya itu masih tak puas hati dengan saya. Maka saya mencadangkan dia menulis blog yang sama konsep dengan saya. Andainya dia berasa ingin "bersaing". Cumanya, saya beritahu padanya, sebagai hamba, kita sepatutnya bersyukur dengan segala kurnian Allah pada kita. Kita rancang dan usaha yang terbaik untuk mencapai redha Allah. Kalau kita sentiasa bersyukur, kita pasti tidak akan rasa sebarang "kelebihan" yang menjadikan kita riak, dan "kekurangan" yang menjadikan kita hasad.

Untuk sahabat saya itu, saya sayang kamu sahabatku ...

7. Pendapat kamu tentang blog kepada pemilik blog yang kirim tag ini?

Mantop!

8. Senaraikan 5 orang yg kamu akan tag?

Saya cari dulu. Nanti saya bagitahu kemudian.

9. So far apa yang anda tahu tentang pemilik blog yang tag anda?

Ust Kay Ree Amman, jejaka Terengganu, yang tolong saya masak Nasi Dagang di MSD dahulu, dalam keadaan dia puasa, tak larat tapi bersungguh2 membantu. Tak tahu nak komen apa, cuma Abang Amir kata "Abang Kay Ree ni macam Ben 10" la.

Wasalam.

No comments: