Salam,
Pagi ini kami menerima jemputan ke Muzakarah Pendakwah Negeri Selangor dan Penutup Bulan Dakwah Negeri Selangor 2009M / 1430H anjuran Jabatan Dakwah, JAIS dan Kerajaan Negeri Selangor.
"Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" menjadi tema Bulan Dakwah Negeri Selangor tahun ini. Majlis diadakan di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam.
Majlis dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Dato Hj Md Saleh bin Hj Md @ Hj Ahmad yang bertajuk "Siasah Syariah dalam Pentadbiran".
Selepas majlis penutupan dirasmikan oleh Dato Menteri Besar Selangor, pengumuman Anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Selangor untuk tahun 2009 diumumkan.
4 tokoh berikut dipilih sebagai Tokoh Pendakwah Negeri Selangor. Setiap tokoh dibacakan biodata mereka serta sumbangan mereka dalam berdakwah kepada masyarakat. Ketika kisah Ustazah Hajah Hamidah Binti Mohd Nor yang berusia 83 tahun disampaikan, air mata saya mengalir mengenangkan betapa hebatnya beliau berdakwah sejak usia belasan tahun sehingga saat ini di kala beliau tidak mampu berjalan lagi kecuali dipapah.
Hjh Hamidah Bt Mohd Nor






No comments:
Post a Comment