Salam,
Pada tarikh ini, saya masih dalam mood "bercuti". Walaupun bercuti, namun masih sibuk dengan perkara-perkara yang menyibuk.
Rabu, 1 April 2009, penat dengan urusan JPJ di Shah Alam dan pembatalan Streamyx dan dihadiahkan dengan "Maxis Broadband" oleh AF di sebelah pagi. Petangnya ke USIM, urusan Baby dan malamnya ke Cyberjaya, mencari restoran Arab sebab Abah nak makan "nasi mandi". Banyak juga restoran Arab di Cyberjaya. Harga pun lebih kurang sama dengan di Jordan dan Saudi.
Khamis, 2 April 2009 ini, Sonata di hantar servis. Seharian kami di rumah. Alhamdulillah.
2 April 2009, hari lahir Abang Amir ke 4. Permata hati saya yang kedua. Putera saya yang pertama. Saya memberitahu Amir bahawa hari ini hari lahirnya. 4 tahun yang lalu, saya melahirkannya pukul 1.20 pagi. Amir gembira dan mahu hadiah. AF berkata sepatutnya Amir kena ucap terima kasih pada umi sebab lahirkan Amir. Dan Amir yang kena bagi hadiah pada umi. Amir diam membisu.
Tatkala saya di dalam rumah, Amir hilang di luar rumah Embahnya. Kemudian, dia berlari ke arah saya dan membawa "hadiah" untuk saya. Hadiahnya ialah "bunga-bunga kertas yang diletakkan di dalam botol air mineral yang kecil". Saya terharu. Saya bertanya siapa suruh buat. Amir memberitahu kakaknya yang suruh. Amir juga berkata "Tima kasih umi sebab keluarkan Amir".
Maka saya berjanji, pada hari ini Amir boleh pilih apa sahaja sebagai hadiah dari saya dan AF.
Amir seorang anak yang manja dan mendengar kata. Setiap kali saya menelefonnya, apabila dia mendengar suara saya mengungkap salam, ayat pertama Amir ialah "AMIR SAYANG UMI, AMIR RINDU UMI". Hati siapa tidak akan cair mendengar ungkapan itu dari seorang anak kecil. Maka saya pun akan menyatakan perasaan sayang dan rindu padanya. Itulah yang berlaku setiap hari dari dulu sehingga saat ini.
Dia anak yang mendengar kata. Setiap arahan saya akan dibalas dengan ungkapan yang sayu "YE LA UMI ...".
Masalah Amir ialah dia tidak boleh kelihatan "kurang" daripada Insyirah. Dia mahu lebih pandai, hebat dan lebih dipuji daripada Insyirah. Saya memang suka memuji anak2 apabila mereka melakukan sesuatu yang baik dan membanggakan. Tidak kira perkara itu kecil mahupun besar. Namun Amir akan berasa sedih jika saya memuji Insyirah. Maka dia akan berkata, "UMI CAKAPLA KAT AMIR MACAM UMI CAKAP KAT KAKAK, AMIR NAK PANDAI MACAM KAKAK". Maka saya akan mencari kata-kata yang relevan untuk memuji Amir.
Oleh sebab rasa persaingan di antara Amir dan Insyirah amat tinggi, maka Amir akan memastikan apa yang Insyirah tahu, dia juga mesti tahu. Contohnya perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Apabila Insyirah belajar, dia juga akan mahu belajar. Bila saya dan Insyirah tiada di rumah, bibik akan menjadi mangsa Amir di mana dia akan berusaha belajar menguasai apa yang Insyirah tahu. Contohnya "Gajah", dia akan bertanya bibik apakah "gajah" dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Maka, jenuhlah bibik nak menjawab soalan-soalan Amir, sedangkan adakalanya Amir tahu jawapan kepada soalannya. Saje je tu nak cari pasal.
Oleh kerana rasa persaingan yang tinggi, perkembangan IQ Amir seiring dengan Insyirah. Namun, pastilah Insyirah ada keistimewaan yang lain berasaskan "gender" pula. Itu cerita lain. Sebagai ibu bapa, galakan dan semangat mesti berterusan untuk perkembangan IQ dan kendiri anak-anak. Manakala, kasih sayang pula menjadikan mereka rasa dihargai dan dilindungi.
Anak itu amanah. Namun, anak juga adalah dugaan buat ibu bapanya. Amir juga biasa saya marahi dan hukum atas sebab kesalahannya. Oleh kerana Amir seorang yang cepat "serik", maka dia akan cuba untuk tidak mengulangi kesilapannya.
Banyak lagi kisah tentang Amir yang saya simpan untuk hari esok. Insya Allah.
Akhirnya, pada hari lahir Amir yang ke 4 ini, kami menghadiahkan beliau Beg Sekolah, Jam Tangan dan Alat Tulis jenama Ben 10. Amir tak mahu dah Spiderman dan Ultraman. Itu hasil pilihan beliau tanpa dipengaruhi sesiapa. Saya pun baru tahu sebenarnya ada kartun baru Ben 10. Penat juga memusing di Alamanda, Putrajaya.
Buat Abang Amir, semoga kekal selamat dan cemerlang dalam meniti kehidupanmu. Doa dan restu Umi dan Abi akan kekal mengiringimu sehingga akhir hayat kami.
Salam sayang penuh kecintaan buat Abang Amir di usia 4 tahun ini.
Dari Umi, Abi, Kakak dan Isyraf.









7 comments:
hepi besday abg amir!! mg jd anak soleh dan bijak!! :) dr uwais amzar sefamily...
Tq adik uwais, ni cite lama 2hb April ari tu. Baru ni umi abg nak buat.
- Abg Amir -
aslmkm akk.
kenapa 'AF' macam lelaki misteri pula eh. sampai dikaburkan muka. tp org sume tahu je sape. ehheh.
salam fez,
memang AF lelaki misteri. :) tak suma org tahu tau, ada yg sms akak tanya sape lelaki yg dikaburkan muka itu :)
ini namanya "uncertain disclosure tactic" yang digunakan oleh ... untuk "appearence-protection liability" :)
saje je ... tapi perlu :)
Selamat hari lahir Abang Amir...moga jadi anak yang soleh n pintar...bye.
waah, takutnya dgr kak.. "appearance protection liability". mcm 'wanted' pulak. :p.
Kak Ina sekeluarga, tima kasih. Semoga anak-anak kita semua soleh dan solehah.
Fez, harapnya tak la sampai begitu sekali :)
Post a Comment