Akhirnya Nik Nur Madihah ke Jordan. Alhamdulillah dan tahniah atas pilihan itu. Beliau diberi banyak pilihan untuknya melanjutkan pelajaran.
Beliau sudah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik, di Jordan University Science of Technology dan akan memulakan pengajian, September ini. Beliau juga penerima anugerah Biasiswa Kijang Emas, Bank Negara Malaysia.
Saya kagum dengan ibu bapa beliau terutamanya. Hebat sungguh mereka. Apabila membaca kisah hidup Madihah sekeluarga, terasa insaf dan sedih, sememangnya harta dan kekayaan bukanlah teras kepada kehidupan.
Kesederhanaan dalam kehidupan yang berlandaskan Islam menjadi teras mereka. Walaupun mereka tidak mampu, mereka tidak pernah meminta-minta atau menunjuk-nunjukkan kesusahan mereka. Kerana mereka sentiasa redha dan bersyukur dengan setiap dugaan yang banyak dan nikmat yang sedikit yang Allah kurniakan pada mereka.
Ibu bapa beliau menyatakan bahawa dalam kehidupan seharian mereka, apa yang mereka lakukan sama seperti insan lain lakukan tetapi yang penting IKHLAS DI DALAM HATI SETIAP SAAT DAN KETIKA.
Madihah akan ke Jordan September ini. Tak dapat lah saya nak jumpa. Takpe, saya akan ke INTEC Shah Alam untuk bertemu beliau untuk mencari sesuatu yang ada pada beliau tetapi tiada pada orang lain.
Wasalam.






No comments:
Post a Comment