.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Saturday, April 25, 2009

With Nisa'

Salam,

Awal pagi saya bangun berkemas rumah habis-habisan kerana esok mama akan pulang dari Napier, New Zealand. Cuma mama yang pulang, ayah dan Nazmi masih mahu berada di Napier, New Zealand.

Saya kemudian ke pasar, membeli lauk pauk dan sayuran bagi memenuhkan peti ais dan dapur. Tak sabar menanti kepulangan mama tersayang!

Selepas selesai menguruskan hal di rumah. Saya dan anak2 bersiap untuk ke SUK, Selangor untuk memeriahkan Nisa' Indoor Games. Saya dah sms sahabat-sahabat tentang permainan yang ingin saya masuki.

Sampai di sana, ramai sahabat telah berkumpul sejak pagi. Nisa' dari setiap negeri datang untuk bertanding. Indoor games ini dianjurkan rentetan dari kejayaan Sukan Nisa' yang diadakan di Kelantan tidak lama dahulu.

Bila sampai, borak dulu, peluk-peluk dulu, bertanya khabar dulu, lama tak jumpa kan. "Anak-anak guam" mula mengerumi saya bertanya itu dan ini. Namun saya kata "saya tak bekerja hari ni, saya nak main dulu, then baru buka 'table'". :)

Saya mendaftar untuk main batu seremban, tutup botol dan dart, tapi bila nak main, Insyirah dan Amir mengganggu nak main sekali. Mana boleh! ini pertandingan betul2 bukan nak main2. Maka, terpaksa tarik diri sebab akan mengganggu peserta lain. :(

Bila saya menegur anak2 kerana mengganggu, mereka membalas "Tadi umi kata nak MAIN, jadi kakak dan abang Amir pun nak main la". Hmmm, betul jugak tu, patutnya saya perlu bagitahu yang saya ingin BERTANDING bukan ingin MAIN. Nampaknya tengok aje la. Anak-anak mula mengganggu kerana ingin bermain. Teruja melihat Dam Ular yang besarrrrrr. Syukur ada adik-adik Nisa' yang suka melayan. Saya tak larat dah, geram ajer :)

"Law Clinic" saya buka. Free of charge. Sumbangan ikhlas untuk Nisa'. Sebab saya sedar kekangan masa saya untuk beri sumbangan sepenuhnya kepada Nisa' seperti sahabat-sahabat lain. Sekali sekala di program santai macam ni yang saya boleh bawa anak-anak, inilah peluang saya untuk menyumbang "saya yang sumbang".

Apapun, teruskan perjuangan wahai Nisa'!


Dengan Sarah, due dia Isnin ni. Insya Allah, dah bersalin call I yer

Tutup Botol

Batu Seremban

Congkak

Dam Ular

Nak mainnnn

Dart

Nisa'

Amir Irsyad

Carom

Dewan Jubli Perak, SUK Selangor

Baru lepas nangis sebab tak dapat nak "main-main"

Dengan Kak Muna Izzah Dato' Fadhil, kakak angkat saya, dapat juga bertemu secara nyata, selama ni di alam maya aje. :)

Bila lihat wajah Kak Muna, ada iras2 "adik" saya di Irbid, Nur Faezza Mohd Mohtar kan? (Sebabnya saya dok YM dengan dia ketika ini)

Wasalam.

13 comments:

Fez said...

aslmkm kak yana! bertemu lagi. :p
aha. kak dah (ust solehin) pun ada ckp muka kita sama ngan anak ust fadhil noor ni.
Teringin juga nk jumpa kak muna ni. boleh la akk temukan kami nanti ya.

bestnya main dam ular real punya besar..

raihan said...

tak bgtahu pun!
teruklaaaa

Ilyana Ar Razi said...

an, tak larat nak sms suma org.
lain kali "update" la skit.
jgn marah nanti cepat tua :)

Ilyana Ar Razi said...

fez,
org kata dlm dunia ni kita ada 7 org yg iras2 kita.
lagi sorang yg iras2 awak dan kak muna ialah adik ust razi sendiri, nama dia mahfuzah.
cara dia bercakap dan gaya pun sama mcm awak :)

akak plak dah jumpa sorang yg iras akak, tapi malu nak ckp kat sini :)

nanti balik msia, akak bawa jumpa kak muna.

Fez said...

hmm. kalau cmtu, kte dah ada jumpa 5 org dah. :p

Ilyana Ar Razi said...

fez, nanti kenal kan akak :)

kawan 'adik' akk di Irbid said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ilyana Ar Razi said...

sapa la "kawan adik akak di Irbid" ni. mesti adik akak gak ni :)

kawan 'adik' akk di Irbid said...

aah 'adik' akk juge :) matilah sy huhu. akk, tlg delete comment tu.sungguh kurang sopan pulak rs. sori kak.

Ilyana Ar Razi said...

to kwn adik akk di irbid!
delete dah.
takpe la, akak pun tak tahu siapa adik akak ni. :)

Ilyana Ar Razi said...

to kwn adik akk di irbid!
delete dah.
takpe la, akak pun tak tahu siapa adik akak ni. :)

jui said...

salam kak yana.. ape khabar? tahniah dapat cahaya mata lagi~~(lambatnye wishh) mmg sejibik muka faezza hik3

Ilyana Ar Razi said...

salam jui,
lambatnyer wish, isyraf nak masuk umur setahun dah :)
awak dah jumpa kembar seiras?
nanti akak carikan :)