.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, June 29, 2009

26 Jun 2009

Salam,

Seawal 3.30 pagi saya telah bangun untuk memasak. Syukur, bibik segara bangun membantu apabila mendengar suara saya di dapur.

Pagi itu saya perlu memasak Nasi Arab (Maglubah), Kurma Daging, Acar Timun, Ayam Masak Merah, Roti Jala dan Kari Ayam. Tidak sukar sangat kerana saya telah mengarah bibik menyiapkan bahan-bahan pada malamnya, maka tugas saya sekadar menyiapkannya. Cuma, menebar roti jala yang mengambil masa. Penat sungguh berdiri ...

Dah lama juga saya tak masak-masak untuk kuantiti yang ramai. Kali terakhir pastilah di Jordan kerana memasak adalah aktiviti utama :). Apabila pulang ke Malaysia, banyak perkara lain yang lebih penting diutamakan. Memasak itu sekadar melaksanakan tugas seorang isteri menyediakan juadah yang berkhasiat untuk keluarga. Dan paling penting, walaupun kat Malaysia ni banyak kedai makanan, memasak sendiri lebih menjimatkan dan kebersihan serta kesucian (halal) makanan yang akan menjadi darah daging diri dan anak-anak itu lebih terjamin.

Memasak tetap menjadi hobi saya, walaupun saya juga suka jalan-jalan cari makan :)

Majlis pagi itu sempena hari lahir saya pada Ahadnya serta hari lahir kakitangan lain yang telah berlalu sejak Januari hingga Jun 2009. Ia juga sempena hari akhir 2 orang "Attachment Student" dari UIA. Selamat Maju Jaya untuk Dayana dan Rahim.

Amacam ... rasanya nak jadi L****r tak selepas habis belajar nanti?

Kepada kakitangan semua, semoga kita bersatu hati dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Semoga kita saling membantu dalam setiap perkara.

Yang penting ... bekerjalah kita kerana ALLAH!


Satu Hati !

Hanya sebahagian ...

Wasalam.

No comments: