Salam,
Malam tadi telah 4 kali saya meneman Abang Amir menonton Transformers 1 sebelum tidur. Tanpa saya, entah berapa kali dia mengulang CD Transformers ini. Dan sebanyak itu jugalah Abang Amir mengalirkan air mata apabila "Bumblebee"nya patah kaki ketika dok berperang dengan Decepticons dan kematian Jazz. Haru sungguh ... :)
Tak sabar nak tengok Transformers 2, Selasa ini. Sambungan dari Transformer 1 ini.
Akhirnya Tranformers 1 ini, Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime membuat keputusan untuk tinggal di bumi menjadi pengawal bumi kerana Cube mereka telah musnah. Kononnya mereka berhutang nyawa dengan dengan manusia yang membantu mereka memusnahkan Decepticons. Namun mereka akan kekalnya penyamaran sebagai "kenderaan-kenderaan besar" dan hanya akan "transform" kepada robot apabila dunia terancam. Cerita ini hanya rekaan semata-mata.
Cumanya ... kesan kepada Abang Amir, apabila melihat trak-trak besar di jalan raya, dia akan berkata, "Umi, abang rasa trak besar tu Optimus Prime la, abang kepada Bumblebee".
Bila melihat kereta berwarna kuning, "Umi ... Bumblebee tu, abang babai yer".
Insya Allah, semua ini hanya sementara dan Abang Amir akan kembali seperti biasa :)

Wasalam.

1 comment:
Aha comelnya abg amir...:p..
Kak Long x menonton sekali ke?
Post a Comment