Sambungan ...
Terdapat 3 prinsip undang-undang wakaf yang perlu direalisasikan dalam suatu perlaksanaan wakaf, iaitu:
a. Harta wakaf tidak boleh dijual;
b. Harta wakaf tidak boleh diberikan (dihibahkan) kepada orang lain;
c. Harta wakaf tidak boleh diwarisi.
Prinsip undang-undang wakaf ini sebenarnya diambil daripada sebuah hadis riwayat Ibn ’Umar yang menjelaskan bagaimana Saidina ’Umar Ibn al-Khattab telah pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk bertanyakan pendapat baginda tentang sebidang tanah yang telah diperolehinya ketika pembahagian harta di Khaybar.
Saidina ’Umar Al-Khattab, yang merupakan khalifah Islam yang kedua itu berhasrat untuk menyedekahkan harta berkenaan yang dikenali sebagai “Thamgh” ke jalan Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. telah memberikan pendapatnya dengan bersabda :
“Kalau engkau setuju, tahanlah harta berkenaan dan sedekahkanlah manfaat (hasilnya) kepada tujuan-tujuan kebajikan”.
Maka ’Umar pun bersetuju lalu menyedekahkan hasilnya kepada fakir miskin, sanak-saudaranya, untuk membebaskan hamba, kepada mereka yang bermusafir, para tetamu dan ke jalan Allah dengan syarat harta berkenaan tidak boleh dijual, diberikan kepada orang lain dan diwarisi”. (Al-Bukhari, t.t., h. 131; Al-Nasa’i, t.t., h. 232; Muslim, t.t., h. 86).
Peruntukan penting di atas, iaitu “…dengan syarat harta berkenaan tidak boleh dijual, diberikan kepada orang lain dan diwarisi” menunjukkan prinsip undang-undang wakaf yang dimaksudkan di sini. Prinsip ini menegaskan bahawa sesuatu harta yang diwakafkan (dipanggil mawquf) tidak boleh dilibatkan dalam mana-mana transaksi atau pindahmilik seperti dijual, dicagar dan sebagainya. Ini kerana, Syarak mengiktiraf segala ketetapan dan syarat yang dibuat oleh seseorang pewakaf, asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak itu sendiri.
Dalam satu maksim undang-undang wakaf, terdapat peruntukan yang berbunyi “syarat (yang ditetapkan oleh) seorang pewakaf itu seperti apa yang dinaskan oleh syarak” (syart al-waqif ka nass al-syari`) dan ini amat relevan dengan pengiktirafan syarak berkenaan.
Terdapat beberapa isu yang berbangkit di dalam kes saya ini. Salah satunya adalah berkenaan pernyataan “kekal” dan “bertempoh”. Definisi wakaf yang dibuat di negeri-negeri di Malaysia tidak begitu seragam khususnya membabitkan pernyataan “berkekalan” ataupun “kekal” dan “bertempoh” dalam tafsiran wakaf, wakaf am dan wakaf khas masing-masing. Ia seolah-olah “sekatan” ke atas wakaf.
Sebagai contoh, kes saya ini melibatkan “harta di atas tanah”. Prinsip undang-undang pegangan harta tanah dalam konteks semasa bukan semuanya di bawah pegangan bebas (Freehold) tetapi ada juga daripada pegangan pajakan (Leasehold).
Pihak Kerajaan pula kini lebih berkecenderungan mengurniakan pemberian tanah kepada mana-mana badan ataupun individu menerusi pengurniaan hakmilik selama tidak melebihi 99 tahun, iaitu pegangan secara pajakan sebagaimana yang disebutkan tadi yang juga dikenali sebagai “Pajakan Negeri” (State Lease) atau “Pajakan Mukim (Territorial Lease). Pemberian milik secara kekal atau untuk selama-lamanya tidak lagi diamalkan sejak Kanun Tanah Negara (Pindaan) 1984 (Akta A587) digubal dan mula berkuatkuasa semenjak 25 Mac 1985.
Lot Kedai yang terlibat di dalam kes saya ini adalah dibawah Hakmilik Strata dengan Geran kekal, bukannya pegangan pajakan. Oleh yang demikian, lot yang terlibat ini boleh ditakrifkan dibawah prinsip “berkekalan” atau “kekal” dalam tafsiran wakaf.
Dalam konteks di atas, dapat dikenalpasti bahawa majoriti fuqaha termasuk Imam Al-Shafi’i serta fuqaha dari mazhab al-Zahiriyyah dan sebahagian daripada Shiah Imamiyyah (Abu Zuhrah, 1959, hh.75-77) berpandangan bahawa elemen kekal adalah merupakan syarat kepada keesahan sesuatu perwakafan.
Justeru, perwakafan yang dibuat dengan suatu tempoh masa tertentu dianggap tidak sah di sisi undang-undang wakaf. Ini kerana wakaf dari sudut konsepnya adalah mengeluarkan harta atas dasar qurbah, maka tidak dibolehkan menghadkannya kepada suatu tempoh masa (Abu Zuhrah, ibid., h.74).
Justeru, sekiranya sesuatu wakaf itu dibuat untuk suatu tempoh tertentu, maka ianya dianggap batal kerana sighahnya dianggap rosak (fasad) dan tidak sempurna. Ini juga didasarkan kepada maksud pensyariatan sesuatu wakaf itu sendiri yang menetapkan ianya didedikasikan secara kekal (Al-Zuhayli, 1987, 205).
Bagi Al-Shafi’i syarat kekal dalam sesuatu perwakafan adalah mutlak untuk mengesahkannya. Ini melibatkan perkara berkaitan tempoh masa dan benefisiari yang dinamakan (Al-Khatib, 1958, h.383).
Wakaf secara bertempoh adalah batal dan tidak sah. Selain daripada itu, seseorang pewakaf perlu menyebut dalam suratcara wakafnya tujuan yang kekal dan tidak terputus. Pandangan Al-Shafi’i berkaitan isu kekal di atas telah disokong oleh para pengikut mazhab ini seperti Al-Khatib, Al-Ramli, dan lain-lain lagi (Al-Ramli, 1967, h. 373; Al-Khatib, ibid.).
Justeru apabila sesuatu wakaf dibuat kepada orang-orang miskin ataupun kepada masjid untuk satu-satu tempoh masa tertentu seperti setahun dan lainnya, maka ianya adalah batal dan tidak sah (Al-Ramli, ibid).
Al-Sharbini telah memberikan pandangan yang lebih kritis lagi di mana beliau berpandangan elemen kekal itu adalah suatu syarat yang diperlukan, tanpa mengira sama ada wakaf itu dari kategori yang melibatkan ciri qurbah (seperti kepada orang-orang miskin) ataupun sebaliknya (seperti kepada orang-orang kaya) (Al-Khatib, opcit., hh. 208-209).
Sebagaimana fuqaha yang lain, Imam Muhammad bin al-Hassan al-Shaybani berpandangan elemen kekal merupakan syarat untuk mewujudkan suatu wakaf yang sah di sisi undang-undang Islam. Ini kerana sesuatu transaksi dalam sedekah kadangkala berlaku secara kekal (iaitu merujuk kepada wakaf) dan kadangkala secara sementara. Justeru, sesuatu perwakafan perlu memasukkan tujuan ataupun benefisiari yang tidak mungkin terputus (Ibn ’Abidin, opcit.. 348; Al-Marghinani, t.t.. h. 15, Abu Zuhrah, opcit., h.75.).
Daripada pernyataan pandangan fuqaha di atas, ternyata perwakafan secara bertempoh di atas adalah bertentangan dengan prinsip dasar undang-undang wakaf Islam mengenai keperluan syarat kekal di dalamnya.
Oleh yang demikian, isu utama tentang adakah pihak R boleh mewakafkan lot kedainya, maka berdasarkan prinsip asas syariah dengan melihat status lot kedai itu adalah dibawah pegangan kekal, maka secara literalnya, perwakafan lot kedai itu dibenarkan.
Namun perlu saya ingatkan bahawa konsep “kekal” dan “bertempoh” yang diguna pakai didalam Akta / Enakmen di Malaysia yang mentakrifkan wakaf. Adakah konsep “bertempoh” itu seolah-olah undang-undang yang kita gubal itu bertentangan dengan prinsip dasar undang-undang wakaf Islam? Oleh itu perlunya kepada “penambahbaikan” ke atas undang-undang yang kita guna pakai sekarang? Isu ini perlu dikaji dengan lebih mendalam oleh para ilmuwan syariah dan sivil yang ada. (Boleh buat tajuk tesis ni … ).
Para pengkaji undang-undang dahulu melihat kepada realiti yang ada di Negara ini dengan menimbangkan permasalahan yang dinyatakan di awal tadi, maka jika kita hendak menetapkan bahawa perwakafan mestilah daripada tanah pegangan bebas sahaja, maka sudah pastilah ianya seakan menghalang masyarakat yang ingin berwakaf sedangkan mereka mungkin hanya memiliki tanah di bawah pegangan pajakan sahaja.
Hakikatnya berkaitan masalah leasehold dan freehold ini, kita boleh berusaha supaya tanah-tanah wakaf yang mempunyai status pegangan secara leasehold ditukarkan kepada freehold.
Manual Pengurusan Tanah Wakaf yang disediakan oleh pihak JWZH telah menyediakan prosedur-prosedur yang perlu diikuti. Urusan perlu dibuat dengan pihak Pejabat Tanah Daerah (PTD), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan seterusnya dimajukan kepada Mesyuarat Kerajaan Negeri. Suratan hakmilik baru hendaklah didapatkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri daripada PTD dengan status pegangan bebas/kekal ataupun freehold.
Majlis Agama Islam Negeri yang telah mengorak langkah positif diatas dan permohonan pertukaran tanah wakaf berstatus leasehold yang dibuat telah dapat ditukar kepada freehold dengan jayanya. Justeru, adalah diharapkan agar kesemua Majlis Agama Islam Negeri dapat mengambil perhatian mengenai perkembangan positif ini yang dikira dapat diselaraskan dengan prinsip dan dasar kekal wakaf mengikut undang-undang Islam.

Bersambung ...
Wasalam.

No comments:
Post a Comment