.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, June 22, 2009

Isyraf ...

Abi,

Isyraf dah pandai berjalan sejak bulan lalu. Cuma kadang kala terjatuh juga. Isyraf sekarang suka bermain di luar rumah sambil bergolek-golek (Gambar tak sempat nak ambil lagi sebab geli hati melihat gelagatnya).

Isyraf suka menyapu sampah - ini sebab ikut gerak geri bibik.

Isyraf suka petik buah limau kasturi Mama, Uwannya ... tak kira kecil @ besar, tapi memang pokok limau mama tak sempat buahnya nak membesar.

Isyraf pandai tepuk tangan apabila lagu Tepuk Amai-Amai dinyanyikan. Versi asal lagu itu "Tepuk amai-amai, Belalang kupu-kupu, Tepuk Isyraf pandai, Nanti umi upah susu". Namun hasil gubahan Abang Amir, versinya telah berubah kepada "Tepuk amai-amai, Belalang kupu-kupu, Jom ikut Abang Amir, Nanti Abang belanja susu".

Apabila Abang Amir menyanyikan versinya, Isyraf akan bertepuk tangan sambil ketawa. :) Cumanya ... sesiapa yang mendengar Abang Amir menyanyi akan tersenyum dan tergelak kerana lagu Abang Amir ni "macam nak mengorat makwe ajer".

Isyraf suka memuncungkan mulutnya sepeti Pingu, yang ini ikut umi :)

Isyraf suka jelir lidah ... umi terjelir lidah padanya di suatu pagi, secara spontan dia membalasnya.

Isyraf akan menangis apabila umi masuk ke dalam kereta. Dia pandai nak ikut orang naik kereta. Apabila di dalam kereta dia akan diam dan tersenyum-senyum sepanjang perjalanan. Cumanya, masalah Isyraf ialah apabila dia nak menyusu dengan umi, dia tidak boleh bersabar. Dia akan berusaha mendapatkan "umi". Maka, oleh sebab tidak ada orang lain yang boleh memandu kereta ketika itu, umi akan menyusukan Isyraf sambil memandu dengan menyalakan lampu kecemasan dan kelajuan 60 km/jam. Umi tahu ia memang merbahaya ... Insya Allah ia tidak akan berlaku lagi.

Gambar-gambar aksi Isyraf umi akan tunjukkan kelak. Yang penting semoga Abi tenang di sana, tabah hadapi segalanya. Insya Allah segalanya akan berjalan lancar. Umi akan ingat kata-kata Abi semalam, "Apapun yang terjadi ... semua yang berlaku ... kita kaitkan untuk mencari "MAKRIFATULLAH". Jadi, Abi kuatkan semangat dan tekad. Umi dan anak-anak disini, Alhamdulillah dalam keadaan yang baik, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan. Segala urusan di sini umi akan uruskan.

Semoga Allah pertemukan kita kelak dengan ketakwaan dan keimanan yang semakin bertambah kepadaNya agar diharumi bunga-bunga kasih sayang yang semakin mengukuhkan hati-hati kita.

Alhamdulillah ... perpisahan yang sementara cuma ini Indah bukan ?

Sedapnya nasi minyak pengantin ...

Kenduri kahwin di Laman Budaya, Shah Alam

Tiada ungkapan


Tiada kata


Sekadar untuk tatapan

No comments: