Salam,
Segala puji penuh kasih sayang ke hadrat Allah diatas pinjaman nyawa yang dipinjamkan sehingga ke usia 29 tahun ini.
Alhamdulillah atas nikmat kesihatan, rezeki, anak-anak (Nurul Insyirah, Ahmad Amir Irsyad & Ahmad Amir Isyraf), kerjaya, keluarga, ilmu dan suami yang menjadi sebahagian pelengkap kepada kehidupan dunia yang dipinjamkan.
Alhamdulillah atas setiap dugaan yang mendatang sebagai penyedar dan pematang hati dan fikiran.
Terima kasih buat Mama yang melahirkan saya 29 tahun yang lalu, Ayah yang membesarkan saya dengan penuh kasih sayang. Terima kasih atas pengorbanan kalian.
Terima kasih Allah atas segalanya.

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya.
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

7 comments:
Happy birthday Yana, moga diteguhkan iman dan berkekalan dalam rahmat ilahi.
Kak Is,
Selamat Hari Lahir! :)
Sem0ga brd dlm plindunganNya selalu, InsyaAllah~ ^_^
Yana,
Semoga terus 'bersinar' menyinari Bait Ar Razi sebagai isteri, ibu dan penuntut ilmu yang solehah.
Allah rahmati hidupmu.
Semoga kekal istiqamah dan wasotiah
dalam segalanya.
Salam,,,
Selamat Hari Lahir sayang.
Allah berkati usiamu. Dipanjangkan umur dalam ketaatan kepada-Nya.
Terima kasih atas khidmat bakti kepada suami dan anak2. Allah naungi hidupmu dengan lembayung kerahmatan dan maghfirah-Nya.
Redhoku mengiringi segala urusanmu. Redhoi diriku jua.
Kita padukan redho kepada kepada Allah, moga2, Allah meredhoi kita pula, dan perkahwinan ini serta zuriat kita sehingga ke akhirnya.
-Al-Fatihah-
Yg benar,
Abi yg selalu terlambat nak wish Hepi Besday kat Umi. Sooooorrrriii .
Salam,
Terima kasih semua ...
Abi,
Memang selalu lambat ...
Apapun, terima kasih. Jangan lupa pos hadiah. Kalau hadiah besar, guna kargo pun tak per :)
Puan Ly,
Selamat Hari Lahir semalam.
Sedap sangat nasi arab dan roti jala puan hari jumaat lepas. Nanti masak lagi yer.
Post a Comment