.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, June 15, 2009

Lelaki Ini ...

Salam,

Selamat Hari Bapa buat yang bergelar abi, ayah, abah, papa, baba, walid, bapak, abuya dan sebagainya.

Khasnya pasti kepada suami saya, Ahmad Fakhrurrazi, ayah saya, Dzulkifli Bin Ramli dan abah saya, Mohammed Zabidi.

Banyak kenangan pahit dan manis saya lalui bersama mereka bertiga yang akan kekal dalam sanubari saya.

Tanpa Ayah, pasti saya tidak berada di dunia ini. Tanpa Abah, pasti saya tidak bersuamikan suami saya yang tercinta.

Kenangan lama saya simpan. Kenangan baru ...

Ketika saya mengandungkan Isyraf dari 7 ke 9 bulan, di saat saya sibuk menyiapkan tesis dan mengulangkaji untuk exam akhir, saya akan sampai ke rumah pukul 11.30 malam selepas berada di Library FUU, UKM, Bangi sejak dari 3 petang, AYAH akan menemani saya untuk "supper" sehingga saya selesai. AYAH tak makan, hanya melihat saya. Dalam keadaan sarat, penat, emosi dan rasa cepat marah, AYAH akan bercerita macam2. Saya diam sahaja membisu. AYAH sebenarnya cuba menceriakan hati saya yang bercampur baur saat-saat itu. Itulah rutin malam AYAH selama 3 bulan. Apabila hari exam, AYAH yang hantar saya ke UKM untuk menghadapi peperiksaan dan menunggu di luar pintu dewan peperiksaan selama 3 jam 45 minit sehingga saya selesai exam. Kerana dia takut saya terberanak ...

Bila dikenang ... hu hu hu ... sedey ...

Terima kasih ayah atas segala pengorbanan dan bantuan sehingga ke saat ini.


Dengan ABAH, bapa mertua saya ... saya dihubungi sejak semalam agar datang ke rumahnya untuk mengambil durian. Dia memang tahu menantu dan cucunya, Abang Amir ... peminat fanatik durian. Jadi tak rugi Abah ada dusun durian berekar-ekar :). Setelah menyelesaikan urusan pejabat dan UKM pagi ini, saya singgah sebentar ke rumah ABAH. ABAH beri saya durian dari kebunnya. Wow! Saya masuk ke dalam rumah kerana ABAH ada menyimpan buah yang amat sedap untuk saya, katanya ... Hanya saya dan ABAH ketika itu di rumah. ABAH mengopek sebiji demi sebiji buah yang disimpan untuk saya dan menyuruh saya makan untuk merasa setiap pangsa durian yang berlainan. Saya makan sebiji dan berbiji-biji kemudian dengan diperhatikan ABAH yang tersenyum lebar. ABAH menanti saya sehingga saya selesai makan 4 biji durian yang sedapppppppppp

Hati saya tetiba sayu, terkenang saat-saat AYAH menemani saya untuk "supper".

ABAH seorang yang sukar difahami perasaannya. Namun, mungkin kerana HARI LAHIR AYAH DAN ABAH hanya selang sehari, saya rasa mudah serasi dengan ABAH. Dan ABAH juga kelihatan selesa dengan saya (ye ker bang?)

Durian dari ABAH untuk cucunya, ABANG AMIR

Lelaki ini yang paling istimewa. (Yang debab berbaju biru itu selepasnya). Pahit dan manis telah saya rasa bersamanya dan akan kekal tersimpan di sanubari saya. Terima kasih atas segalanya. Saya doakan segala kebaikan yang ada di dunia ini dan di akhirat kelak untuk beliau yang berkaca mata ini.
Semoga sehebat dan sebaik AYAH DAN ABAH dalam mencintai dan mendidik diriku dan anak-anak serta mengasihi cucu dan menantu kelak. ALLAH MAHA HEBAT, MAHA BAIK.

SALAM SAYANG DI HARI KEBAPAAN BUAT ABI, AYAH & ABAH

Dari kami, Umi @ Ilyana, Insyirah, Abang Amir dan Abang Isyraf.

Wasalam.

3 comments:

Unknown said...

assalamu'alaikum wrt..

Selamat Hari Bapa buat semua..
Moga doa dan cita-cita menjadi kenyataan..insyaallah
dalam lindungan dan rahmat Allah selalu..

erm.. bestnyer DURIAN.. huhu.. tahun depanlah kot br blh rasa, insyaAllah.. ;)

raden said...

bertuah sungguh la ...

Anonymous said...

Abi2Umi

Sayang...

Terima kasih atas ingatan.

Allah berkati dirimu dan perkahwinan kita...amin

Allah panjangkan umur abah dan ayah dalam ketaatan kepada-Nya...begitu juga dengan mama dan mak.

Pastinya, lelaki2 itu, didokongi oleh 'IronWomen' mereka... :)

Disebalik ABAH, adanya MAK :)
Disebalik AYAH, adanya MAMA :)

Dan,,

Disebalik diri yg tak seberapa ini, adanya dirimu...

Allah jadikanlah kita ini sebagai kombinasi terbaik utk mengejar MAKRIFATULLAH....Amin.

Al-Fatihah!!

Salam sayang dan rindu utk Umi dan Anak2,,,,

Wassalam