.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Saturday, June 20, 2009

Transformers : Their War, Our World

Salam,

Abang Amir sekarang ni teruja menonton kartun Transformers di 611, Astro Ceria. Setiap karektor Autobots (Protagonis) dan Decepticons (Antagonis) dikenali beliau. Tersenyum saya melihat beliau yang cuba "bertukar" seperti "Bumblebee", karektor kesayangan beliau. Setiap ungkapan ketika "bertukar" akan di ucapkan oleh Abang Amir.

Masih saya teringat ketika masih kecil cerita kartun "Transformers" ini. Tapi pastilah bukan minat saya. Adik-adik lelaki saya akan menanti di hadapan TV, kartun Transformers ini disiarkan. Seingat saya, telemovie Oshin dan Maero Attack menjadi pilihan selain Kesastria Perkasa Hitam. :)

Rupanya, tahun 2007, filem Transformers mula ditayangkan. Ketika itu saya berada di Jordan. Filem arahan Michael Bay ini telah ditayangkan di seluruh dunia pada 4 Julai 2007.

Adik saya, Nazmi telah memberi Abang Amir CD Transformers kerana melihat Abang Amir meniru Bumblebee.

Masalahnya ... CD itu hanya boleh ditonton di laptop saya, tidak di CD Player. Maka, agak mengganggu saya kerana Abang Amir mahu menonton Transformers : Their War, Our World (2007) di laptop saya sejurus saya pulang dari bekerja.

Abang Amir menonton sambil menunjukkan aksi-aksi bertukar dari kenderaan kepada robot. :)

Stesen Minyak Petronas pula menjadikan Transformers sebagai "maskot" yang terkini. Di setiap pintu masuk Petronas akan ada replika Transformers. Dan Abang Amir akan terjerit-jerit kepada saya memperkenalkan setiap karektor tersebut.

Transformers di stesen minyak Petronas kini juga pada anggapan saya sebagai promosi kepada Siri Kedua Transformers iaitu Transformers 2 : Revenge of the Fallen yang akan mula ditayangkan pada 24 Jun 2009 ini.

CD siri pertama Transformers saya cuba tonton di TV di dalam kereta saya. Kesannya ... saya memandu 60 km/jam kerana .... memang bestla filem Transformers ni :) (Peringatan : Aksi memandu sambil menonton TV yang dilakukan oleh saya amat merbahaya, jangan diikuti. Dan saya tidak selalu melakukannya :)

Menarik juga plot kisahnya. Mungkin filem ini sudah tidak sesuai untuk saya tapi ia lebih baik dari filem-filem yang tidak senonoh yang banyak disiarkan sekarang. Tak kisahla ... yang penting ia memang best dan saya ternanti-nanti juga Transformers 2 : Revenge of the Fallen.

Alternate modes. Top : Starscream. Mid, left to right : Optimus Prime, Ironhide, Ratchet and Barricade. Bottom, left to right: Bumblebee & Jazz.

Sinopsis Transformers 1 : Their War, Our World

In the Arctic Circle during the 1800s. Captain Archibald Witwicky falls into an abyss and lands on a robotic hand partially buried in the ice. He finds the eyes of Decepticon leader Megatron staring back at him, who burns a map showing the location of the life giving Allspark into Witwicky's eyeglasses. These are handed down to his descendant, Sam, in the present day. Elsewhere, Decepticon Blackout attacks a United States Air Force base in Qatar in the present day, grabbing and absorbing information from a computer whilst he destroys the base and deploys Scorponok. Scorponok chases Captain Lennox and his Special Ops team in the desert and in a village. Lennox then makes a phone call to The Pentagon, who send a jet to fight off the Decepticon. Sam Witwicky buys his first car, which happen to be the Autobot Bumblebee. Bumblebee helps Sam to gain Mikaela as his girlfriend.

Filem ini mengisahkan perang konflik di antara puak Autobots dan puak Decepticons di bumi. Kedua-dua puak itu datang dari planet Cybertron iaitu tempat tinggal asalnya.

Autobots (Protagonis)
Optimus Prime (Trak Peterbilt 379) - Raja dan komander Autobots
Bumblebee (Kereta Chevrolet Camaro 1974 dan 2007) - Pahlawan
Jazz (Kereta Pontiac Solstice) - Pembantu kanan Optimus Prime
Ironhide (Trak pikup GMC Topkick) - Pegawai keselamatan
Ratchet (Kenderaan Hummer H2) - Pegawai perubatan, pencari dan penyelamat

Decepticons (Antagonis)
Megatron (Jet pejuang Cybertron) - Raja dan komander Decepticons
Starscream (Jet pejuang F-22 Raptor) - Wizurai udara Decepticons
Blackout (Helikopter MH-53 Pave Low Sikorsky) - Pahlawan
Devastator (Kereta kebal M1 Abrams) - Pahlawan
Barricade (Kereta polis Saleen S281 Ford Mustang) - Pegawai polis rahsia Decepticons
Frenzy (Alat pemain CD) - Pahlawan
Bonecrusher (Kenderaan Buffalo H Mine Protected Clearance Vehicle) - Pakar letupan
Scorponok (Robot Kala jengking) - Pahlawan

Bumblebee (Kereta Chevrolet Camaro 1974 dan 2007) - Pahlawan

Bumblebee selepas bertukar menjadi Autobots

Abang Amir dan Bumblebee. Hadiah dari umi ...

2 comments:

Anonymous said...

Abi2Abg Amir

Salam,,,

Nanti kita tengok transformers sama2 dalam keta ye sayang. Biar umi drive...Abi dan Abg Amir tengok tv :)

OK tak umi??

Wassalam

Ilyana Ar Razi said...

Abg Amir 2 Abi,

Abi cayang ...

Amir tak tgk dah cd ultraman dan tom & jerry dalam keta sebab umi kata dia pening dah tgk ultraman.

Tapi, cite transformers ni, umi pun tgk sekali ketika drive. Perlahan sgt umi bawa keta.

Amir rasa umi tak ok ... :)