.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, June 29, 2009

27 Jun 2009

Salam,

Saya, Insyirah dan Abang Amir adalah yang pertama tiba di Restu Kids. Hari itu, saya perlu datang mengambil keputusan peperiksaan pertengahan semester 2009 Insyirah. Berdebar juga ... pertama kali la katakan jumpa cikgu untuk ambil keputusan anak. :)

Secara keseluruhannya Insyirah mendapat 90% dengan gred A.

Alhamdulillah ... cuma masih banyak yang boleh dibaiki kerana Insyirah boleh lebih cemerlang sebenarnya. Insyirah menunjukkan peningkatan yang mendadak dengan transformasi yang cemerlang sepanjang tempoh 6 bulan ini. Ini didasarkan kepada, pada usia 5 tahun Insyirah bukan di Restu Kids, hanya pada usia 6 tahun Insyirah ke Restu Kids dan dia dapat meningkatkan keupayaan diri dengan inisiatif dirinya serta yang paling utama bantuan dari guru-guru Restu Kids.

Terima kasih para pendidik Restu Kids atas usaha dan bantuan kalian.

Insyirah ada lebih kurang 2 bulan untuk peperiksaan akhir di dalam bulan September ini. Saya akan mulakan Latih Tubi Kasih Sayang minggu ini sehingga ke peperiksaan akhir kelak. Penekanan akan lebih saya berikan kepada subjek Bahasa Inggeris berbanding subjek lain. Namun saya tidak boleh terlalu "keras" dengan Insyirah. Pendekatannya, Insyirah ini seorang yang perlu dilayan dengan manja, lembut dan penuh dengan kata semangat, maka dia akan bersemangat.

Dan Alhamdulillah, Insyirah tidak ada masalah akhlak dan displin di sekolah. Kerana bagi saya, jika dia mempunyai masalah akhlak dan displin, saya yang bertanggungjawab memperbaikinya. Jika masalah pembelajaran, insya allah, banyak kaedah dan pendekatan yang saya dan para pendidik boleh lakukan untuk memajukan dirinya. Displin dan akhlak adalah yang paling utama. Ini kerana akhlak yang mulia dan disertai dengan displin-displin Islam akan menjadi asas kepada kecemerlangan seorang pelajar itu.

Ya Allah, bantulah aku mendidik anak-anak ku. Lembutkanlah hati-hati mereka agar mendengar kata ku. Dan berilah aku kesabaran dalam menghadapi mereka. Ameen.

Project Work - 30/30

Umi pun ada tolong buatkan jugak tau. Lain kali kakak kena usaha sendiri dan siapkan yer ...

Wasalam.

3 comments:

alhanin said...

alhamdulillah, insya allah saya doakan anak2 akak cemerlang dunia dan akhirat..

Latih Tubi Kasih Sayang..
menarik bunyinya hehehe

nway kak, hepi belated besday.. moga hidupmu sentiasa dibawah keberkatan dan keampunanNya ^_^

Ilyana Ar Razi said...

ahiasah, terima kasih atas doa. :)

Unknown said...

wah..
mabruk kakak insyirah!!
teruskan lagi berusaha utk lbh cemerlang
insyaAllah utk dunia akhirat!!

menarik sungguh "Latih Tubi Kasih Sayang" tu....

:)

tahniahh!!