Sambungan ...
Isu seterusnya ialah pihak R menyatakan niatnya untuk MEWAKAFKAN Lot Kedai itu kepada S, tetapi tanpa melaksanakannya menurut undang-undang. Adakah niat R itu cukup untuk R mencapai matlamat wakaf itu?
Perlu saya ingatkan bahawa setiap niat untuk berwakaf itu perlu dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam Negeri sebagai pentadbir @ sole trustee untuk ditadbir menurut syariah dan yang paling utama mencapai matlamat wakaf itu sendiri.
Setakat ini, terdapat 3 cara pendaftaran hakmilik wakaf yang digunapakai oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian, iaitu:
a. Kaedah Pindahmilik (Transfer) melalui Borang 14A, Kanun Tanah Negara
b. Kaedah Serahan (Surrender) melalui Borang 12A, KTN (Seksyen 197, jika bagi maksud keseluruhan tanah) atau Borang 12B (Seksyen 200, jika bagi maksud sebahagian tanah).
c. Kaedah Perletahakan Berkanun (Statutory Vesting) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 416C, Kanun Tanah Negara.
Melalui Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (Bil. 8/1999), semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah telah dinasihatkan supaya menggunakan kaedah yang terbaru ini dalam meletakhak tanah wakaf kepada Majlis Agama Islam Negeri.
Kaedah pindahmilik melalui cara ketiga iaitu Kaedah Perletahakan Berkanun (Statutory Vesting) sewajarnya dilaksanakan kerana ia tidak membabitkan prosedur yang kompleks.

Majlis Agama Islam Negeri tidak perlu menyempurnakan atau mengisi apa-apa borang di mana permohonan boleh dibuat dengan menulis surat kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah (mengikut mana yang berkenaan). Walaubagaimanapun, surat lafaz wakaf dan suratcara wakaf yang disempurnakan oleh pewakaf dan saksi-saksinya hendaklah dilampirkan bersama bagi membuktikan berlakunya wakaf tersebut. Salinan peruntukan statutory berkaitan perletahakan tanah wakaf kepada Majlis Agama Islam Negeri di bawah akta/enakmen negeri berkenaan hendaklah dikemukakan sama.
Sekiranya permohonan ini diluluskan, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah akan mengendorskan hak pemohon di dalam daftar dokumen hak milik tanah itu, iaitu setelah berpuas hati bahawa letakhak statutori pada hak atau kelayakan penerima pindahan telah pun berkuatkuasa.
Ketiga-tiga kaedah pendaftaran hakmilik tanah wakaf ini mempunyai analisis dan implikasi Hukum Syarak yang tersendiri. Secara umumnya, kaedah pertama dan kedua, iaitu menerusi pindahmilik (transfer) dan serahan (surrender), didapati prinsip dasar undang-undang wakaf yang menghalang sebarang bentuk transaksi telah diganggu-gugat semenjak awal lagi.
Dalam kaedah pindahmilik (Transfer), Mawquf telah dipindahkan milikannya kepada Majlis Agama Islam Negeri di mana suratan hakmilik tanah wakaf berkenaan akan terendors nama Majlis Agama Islam Negeri sebagai penerima pindahan hakmilik. Tujuan / benefisiari wakaf (jika wakaf khas) ataupun pernyataan “wakaf” (bagi wakaf am) tidak dicatatkan. Ini kerana pernyataan wakaf telah tidak dimasukkan sebagai perkara/pihak yang dibenarkan memegang tanah (menerima pelupusan tanah) di bawah Seksyen 43, KTN.
Sementara itu, kaedah pindahan menerusi serahan (Surrender) nampaknya begitu kompleks dan menyusahkan pihak Majlis Agama Islam Negeri sebagai Mutawalli wakaf termasuk pewakaf sendiri. Proses dan aktiviti serahan dan kemudiannya permohonan mendapatkan kembali Mawquf oleh Majlis Agama Islam Negeri dan seterusnya proses pemberianmilikan Mawquf atau perizapannya kepada pemohon (Majlis Agama Islam Negeri) di pihak PBN merupakan proses yang kompleks.
Apa yang penting di sini adalah sejak awal lagi proses ini menyalahi undang-undang wakaf Islam. Perkataan “serahan” pun sudah cukup menjustifikasikan tidak konsistannya proses yang dilalui dengan prinsip wakaf menurut Hukum Syarak yang telah disentuh di awal kupasan lalu. Lebih daripada itu, status Mawquf jika dianugerahkan semula oleh PBN sebagai tanah rizab juga mempunyai analisis hukumnya tersendiri.
Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, perkara wakaf adalah perkara amanah yang perlu direalisasikan oleh Mutawalli / pentadbirnya, iaitu Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia.

Wakaf pula dari sudut pemilikannya bukanlah sebagaimana perolehan harta yang lain seperti sedekah, zakat, hibah, wasiat (wasiat untuk fizikal dan manfaat) yang membolehkan benefisiarinya melakukan apa-apa transaksi mengikut pilihan mereka.
Wakaf adalah unik dan kompleks kerana selain daripada pengiktirafannya oleh kesemua fuqaha sebagai satu-satunya “sedekah jariah (sadaqah jariyah)” yang membolehkan Waqif memperolehi pahala yang berpanjangan meskipun setelah kematiannya (lihat Muslim, t.t., h. 85; al-Zayla`i, 1938, h.159), wakaf juga terikat dengan prinsip dan dasar yang ketat seperti yang dijelaskan sebelum ini khususnya berkaitan prinsip tak boleh transaksinya.
Walaubagaimanapun, perlu dinyatakan di sini prinsip wakaf masih boleh dimodifikasikan, misalnya menerusi metode Istibdal dengan prosedur-prosedur tertentu bagi menjamin pengekalan mawquf.
Sebelum mengupas lebih mendalam mengenai Istibdal ini, adalah lebih baik dijelaskan beberapa aspek preliminari yang penting mengenai Istibdal ini. Perkataan “Istibdal” diambil daripada perkataan Ibdal, yang bermaksud mengeluarkan harta yang diwakafkan daripada syarat-syarat asal pewakaf untuk ditukarkan kepada harta yang lain di mana harta yang kedua ini akan dijadikan wakaf bagi menggantikan yang pertama. Segala syarat-syarat wakaf yang dibuat oleh pewakaf akan diaplikasikan kepada harta yang kedua ini. Kategori harta ini (harta yang menggantikan harta wakaf) dikenali sebagai al-badal (amwal al-badal) (Al-Zarqa’, opcit., h.74; Hariz, 1994, h. 74).
Kerelevanan pemakaian Istibdal di Negara ini telah membuatkan ianya dikodifikasikan di dalam statut negeri membabitkan Selangor dan Johor.
Di dalam Seksyen 2(1) (Tafsiran), Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999, tafsiran Istibdal telah dibuat sebagaimana berikut:
“…menggantikan suatu harta wakaf dengan harta lain atau wang yang sama atau lebih tinggi nilainya sama ada melalui gantian, belian, jualan atau apa-apa cara lain menurut Hukum Syarak”.
Manakala di Johor pula, tafsiran bagi Istibdal telah diperuntukkan di dalam Kaedah-Kaedah Wakaf 1983 (mula berkuatkuasa pada I Januari 1985) sebagai:
“…menggantikan harta wakaf dengan harta lain yang lebih baik dengan tukaran atau belian atau jualan atau sebagainya menurut hukum syarak”.
Seterusnya seksyen 9(1) kaedah di atas telah memberikan kuasa kepada Jawatankuasa Wakaf Johor, dengan persetujuan Majlis Agamanya mengimarah, mengistibdal, mengistismar dan melabur maukuf mengikut syarat-syarat yang diluluskan oleh hukum syarak. Peruntukan 9(2) seterusnya dibuat bahawa Jawatankuasa ini bolehlah membeli harta alih ataupun harta tak alih dengan menggunakan wang kumpulan wakaf daripada ammual badal (amwal al-badal).
Ammual-badal ditafsirkan oleh Kaedah-kaedah Wakaf 1983 ini sebagai “kumpulan wang amanah wakaf daripada jualan ataupun lainnya yang diharuskan oleh hokum syarak”.
Di bawah Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999 pula, satu bahagian khusus bagi istibdal ini telah diadakan pada BAHAGIAN VI di bawah tajuk MENGISTIBDAL DAN MEMBANGUNKAN MAWQUF. Ianya membabitkan seksyen 19 dan 20. Seksyen 19 (Kuasa Majlis untuk istibdal) enakmen di atas memperuntukkan bahawa:
“Majlis boleh mengistibdalkan apa-apa mawquf dalam keadaan berikut :
a. Mawquf telah diambil oleh mana-mana pihak berkuasa awam mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis;
b. Kegunaan mawquf tidak lagi mendatangkan manfaat atau faedah sebagaimana yang dikehendaki oleh waqif; atau
c. Kegunaan mawquf tidak menepati tujuan wakaf”
Kini, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JWZH) pula telah menyediakan Manual Pengurusan Tanah Wakaf yang mana antaranya adalah berkaitan proses Istibdal bagi tanah wakaf yang diambil oleh Kerajaan untuk sesuatu maksud termasuk menyediakan dasar Istibdal sebagaimana yang dinyatakan di atas. Dasar ini bolehlah digunapakai oleh semua Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia demi keselarasan pemakaian istibdal di negeri masing-masing. Apa yang agak menarik juga dalam penyediaan manual ini adalah proses pengambilan balik tanah awam oleh Majlis Agama Islam Negeri untuk kegunaan umat Islam bagi tapak masjid, surau dan kubur dan sebagainya turut dikemukakan.
Situasi ini menunjukkan bahawa pihak MAIN selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf di Negara ini boleh mendapatkan “win win situation” apabila peruntukan mengenainya dimasukkan ke dalam manual berkenaan.
Setakat ini, Wakaf Istibdal sememangnya berlaku di Malaysia seperti di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Melaka dan lain-lain negeri yang membabitkan antara lain pengambilan balik tanah wakaf oleh Kerajaan. Walaubagaimanapun, aplikasinya tidaklah secara meluas memandangkan ianya tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya tanpa alasan yang munasabah. Apa yang penting juga dalam isu berkaitan istibdal ini ialah pembabitan Qadi dalam memutuskan sesuatu pelaksanaan istibdal. Di Malaysia, bidangkuasa untuk memutuskan persoalan Hukum Syarak ini telah diserahkan kepada Mufti / Jawatankuasa Fatwa Hukum Syarak negeri. Pihak-pihak ini merupakan mereka yang berautoriti dalam menimbangkan sama ada sesuatu istibdal itu dibolehkan ataupun tidak. Malah, mazhab-mazhab yang empat juga mengiktiraf pembabitan Qadi / Mufti dalam memutuskan persoalan ini. Di Selangor sebagaimana yang disebutkan tadi, pihak Majlis Agama Islam Negeri yang mempunyai kuasa ini.

Saya masih menanti maklum balas dari Bahagian Wakaf, Baitulmal, Kuala Lumpur di Bangunan Daruzzakah, Kg Baru. Saya juga masih menelaah bahan bacaan dan rujukan serta mendapatkan penerangan pakar tentang Wakaf Istibdal ini dengan melihat bagaimana ia boleh membantu menyelesaikan kes saya.
Saya ingin melihat bagaimana Wakaf Istibdal ini boleh dihubung kaitkan melalui undang-undang dengan Kaedah Perletahakan Berkanun (Statutory Vesting) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 416C, Kanun Tanah Negara yang mungkin menjadi jalan penyelesaian kes saya ini.
Insya Allah, semoga ia bermanfaat kepada saya yang masih dhaif ilmu ini.
Bersambung ...
Wasalam.

1 comment:
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya jika Pihak A telah diberi tanah utk menguruskan/membina seperti masjid .Apabila tuan tanah sudah meninggal dunia dan anak2 mereka tidak dpt dihubungi mungkin sudah berpindah dan sebagainya. Tambahan pula, tanah masjid itu hendak dibangunkan oleh pihak agama negeri. Surat yg mengatakan tanah itu didermakan telah tiada tambahan pula ia berlaku bertahun2 dahulu dan geran tidak berada pada pihak agama negeri. Jikalau tanah itu sudah dijual oleh anak2 si mati. Bagaimana Pihak agama negeri hendak menuntut hak mereka ke atas tanah itu?
Post a Comment