Salam,
Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009 (KBK 2009) anjuran JAWHAR berakhir dengan jayanya petang ini. Matlamat utama KBK 2009 ini adalah untuk memperkasakan peranan Baitumal sebagai gedung harta manfaat umat Islam.
Seramai 13 orang pembentang yang hebat dan "alim" di dalam bidang masing-masing dijemput melontarkan idea-idea dan pandangan tentang bagaimana Baitulmal boleh diletakkan di satu tempat yang tinggi kerana melihat peranannya yang amat besar dalam pembangunan Islam.
13 kertas kerja telah dibentang, dibincang dan dirumuskan untuk menghasilkan gagasan resolusi yang boleh dipanjangkan kepada agensi-agensi berkaitan untuk dikaji dan diambil tindakan susulan sewajarnya dalam memperkasakan institusi Baitulmal di Malaysia.
Para pembentang dipilih dari kalangan ahli akademik tersohor, wakil pentadbiran Baitulmal di Negeri-negeri, agensi-agensi korporat dan juga pakar perundangan juga pakar Syariah dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia juga tidak ketinggalan mengambil bahagian.
Objektif dan Matlamat KBK 2009 ialah :-
i. Menjana dan mengumpul idea serta pemikiran para cendekiawan Islam dari pelbagai lapangan seperti pentadbiran, akademik, undang-undang dan sebagainya dalam memperkasa institusi Baitulmal;
ii. Perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam pentadbiran dan pembangunan institusi Baitulmal oleh para ahli akademik, pakar undang-undang dan juga wakil agensi agama Islam dari seluruh negara;
iii. Mengkaji fungsi, peranan dan konsep Baitulmal pada zaman kegemilangan Islam untuk diterapkan kembali dalam usaha memperkasa institusi Baitulmal di semua negeri;
iv. Memartabatkan institusi Baitulmal di negara kita selari dengan realiti dan perkembangan semasa seperti kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan juga Kerajaan Elektronik (e-Government); dan
v. Menggilap potensi-potensi Baitulmal sebagai tonggak kestabilan ekonomi ummah melalui pemantapan sumber sedia ada dan penerokaan sumber baru yang berpotensi untuk memperkasakan dana Baitulmal.
Pada saya, KBK 2009 ini merupakan suatu penggarapan ke arah menyemarakkan semula fungsi dan peranan institusi Baitulmal di Malaysia. Institusi ini suatu ketika dahulu dilihat sebagai institusi perbendaharaan dan kewangan yang tertinggi dalam negara yang mengamalkan ajaran Islam. Peranannya dalam menjana kekuatan dan keseimbangan ekonomi sudah tidak mampu untuk dipertikaikan lagi. Namun begitu, seiring dengan peredaran masa, institusi ini perlulah diperhebat semula supaya kekayaan sebenar umat Islam dapat dimanfaatkan secara bersama seoptimum yang mungkin dan dipelihara.

Insya Allah, di kelapangan masa saya akan merumuskan setiap pembentangan pembentang untuk suatu ilmu bermanfaat yang wajib dikongsi bersama.
Mengungkap pesanan Prof. Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir sebagai Pembentang Pertama yang sinis berilmu dari UKM, "Di akhir zaman ini tiada manusia yang "alim" spenuhnya kerana setiap yang "alim" itu pasti ada jahilnya, dan setiap yang jahil itu pasti ada yang "alim" pada dirinya". Betul sangat la tu ...
Wasalam.

No comments:
Post a Comment