Salam,
5 hari telah berlalu dengan pelbagai perkara yang berlaku. Takpela ... biar ia berlalu, yang manis dikenang, yang pahit lupakan. Yang penting kehidupan mesti diteruskan seolah-olah nyawa ini masih berbaki 1000 tahun dengan 1001 perjuangan dan usaha dalam kehidupan sebagai isteri, ibu, pelajar, ahli masyarakat dan hamba kepada Allah. Apa sahaja yang diimpikan, diharapkan dan diusahakan, harus diteruskan dengan semangat dan iman.
Works For The Best, Prepare For The Worst. Insya Allah, yang terbaik juga Allah akan kurniakan.
Anak-anak pun dah pulih dari demam, Alhamdulillah ... Berjangkit dari Uncle Fauzi yang sengaja menyebarkan virusnya melalui ciuman dan pelukan :) Uwan dan Atuk yang kelam kabut melayan cucu-cucu yang tidak sedap badan.
Mengisahkan seorang dermawan yang juga kenalan, membawa 30 anak-anak yatim piatu dari Darul K*****, Klang menonton Transformers : Revenge of the Fallen di TGV Bukit Raja, Klang. Maka, saya, Insyirah dan Abang Amir pun turut serta. Tayangan bermula pukul 10.30 pagi. Seawal pukul 9 pagi anak-anak itu telah berkumpul bersama guru-guru mereka. Kegembiraan jelas di wajah mereka kerana tidak sangka ada juga dermawan yang ingin membawa mereka menonton Transformers 2 ... satu kaedah kebajikan yang jarang dibuat orang. Namun, pada pendapat saya tiada salahnya, sekali sekala mengembirakan hati-hati mereka. Lagipun, tiket untuk Early Birds murah ajer ... RM6 seorang. Terima kasih Cik Dermawan kerana bersetuju dengan idea saya :)
Best nyerrrrr. Tu jer la yang saya mampu cakap. Kalau boleh tengok banyak kali pun takpe Transformers 2 ni. Tak sabar nak menonton bersama ABI ...
Saya ada terbaca blog yang menyenaraikan 5 perkara yang tidak logik dalam Transformers 2 ini. Saya membalas kepada beliau, cerita ini rekaan manusia yang tak sempurna @ tak logik, maka kesempurnaan cerita tersebut tidak perlu la dipertikaikan. Bagaimana pula filem-filem buatan Malaysia yang kebanyakannya berkonsepkan s*xs, hantu dan sebagainya, adakah ia cukup logik untuk dipaparkan sebagai santapan mata dan hati masyarakat.
Bagi saya lebih baik tengok cerita Transformers kerana ia seolah-olah kita sedang makan gula-gula yang manis ... manis dan teruja hanya ketika menontonnya, selepas itu tinggal kenangan :). Cuma saya dan anak2 nak jadi ciwi Transformers untuk 1 minggu nih ... :)
Untuk sinopsis Transformers 2 ini boleh dibaca di http://en.wikipedia.org/wiki/Transformers:_Revenge_of_the_Fallen
Antara slot-slot yang menarik bagi saya :-
1. Barang-barang dapur semua menjadi Decepticon yang comel dan ganas.
2. Decepticon Wheelie yang menjadi jinak selepas digoda dan dipujuk oleh Mikaela.
3. RoboWorrior iaitu agen Simmon dari Sector Seven (di filem Transformers 1) merupakan pakar menterjemah simbol2 dari makhluk asing membantu Sam menterjemah data-data yang tersimpan dalam otaknya.
4. Pertempuran @ penemuan Matrix di Petra, Jordan. Saya dah sampai ke situla ... Pintu masuk Petra dalam Transformers 2 ini dibuat dalam Universal Studio, Los Angeles (ini pun saya dah pergi), jadi memang ukiran di pintu masuk Petra, (insya allah saya masih ingat) lain dengan di dalam cerita Transformers. Ada blogger menyatakan tak logik apabila Matrix di Petra, Jordan tapi pertempuran di Teluk Aqaba, Mesir di mana Matrix perlu dibawa ke Teluk Aqaba dari Petra. Apa yang tak logiknya, bukannya jauh pun jarak antara Petra, Jordan dengan Teluk Aqaba, Mesir kan? Tapi saya pun agak keliru sedikit tentang slot Petra dan Teluk Aqaba, kena tengok sekali lagi nampaknya :) Dan mereka pun ada singgah di Wadi Rum dan Salt, Jordan.
5. Simmons berkata binaan Piramid dan Petra adalah hasil senibina dari makhluk asing yang semenangnya telah wujud sejak dahulu lagi di dunia. Saya tersenyum ... teringat Blog Ibnu Yaacob kegemaran utama saya yang dah lama tidak saya kunjungi. Saya nak tahu sangat siapalah empunya diri Ibnu Yaacob ni.
6. Optimus Prime yang mati tapi kemudian hidup balik :)
7. Autobot Mudflap dan Skids, kembar yang comel dan suka bergaduh.
8. Decepticons Starscream yang boleh bertukar kepada kapal pejuang F-22 Raptor. Dia dah tua dan bertongkat yang telah insaf dan menyokong Optimus Prime. Dia juga yang "membawa" Agen Simmons, Sam, Leo dan Mikaela ke Teluk Aqaba, Mesir.
9. Decepticon Scalpel @ The Doctor, doktor kecil yang nak bedah otak Sam.
10. Semua slot menarik dan saya akan simpan dalam bentuk CD untuk tatapan bersama hubby nanti :)
Abang Amir yang paling tidak duduk diam. Cuma adakalanya dia berkata, "Umi, mata abang ni kecik ajer, tapi tv ni besar sangat, tak muat mata amir nak tengok. Lepas ni umi kena beli CD Transformers la, senang abang nak tengok kat tv kecik dengan abi".
Mungkin kerana aksi-aksi transform yang canggih, penat mata Abang Amir.
Apabila telah selesai, Abang Amir berkata pada saya, "Abang Amir kalau boleh nak jadi Decepticon tua yang pakai tongkat tu (Starscream @ kapal pejuang), sebab boleh TERBANG DAPATKAN ABI SEKARANG JUGAK, kan umi?"
Dalam hati saya ... hu hu hu. Allah Maha Mengetahui. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang SABAR.
Wasalam.

2 comments:
ly,
you mmg tabah. tak pernah nampak you sedih atau murung. happy & hot always! :)
tp bila baca entry ni, jelas sgt kerinduan you pd razi.
mmg benar, Allah bersama orang yg sabar!
i'm here! insya allah.
sabo je la :)
tq rani.
Post a Comment