.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Sunday, July 12, 2009

@ UniKL MIAT

Salam,

Semalam seharian saya, anak-anak dan bibik berkemas rumah di Saujana Impian, Kajang. Geram ... itulah perasaan saya. Melihat rumah yang diserah kembali oleh penyewa. Kipas semuanya rosak. Aircond Mitsubishi kesayangan saya rosak juga. Rumah terlalu kotor. Setiap pili di bilik air tercabut. Bil Astro, Elektrik dan Air tertunggak beratus ringgit.

Bukan tujuan mendedahkan keburukan orang lain, tapi saya pasti tiada siapa pun tahu siapa penyewa itu. Maka luahan ini sekadar memberi iktibar kepada orang lain. Setahun yang lau saya menyerahkannya dengan penuh kelengkapan perabut dan barangan elektrik. Rumah dalam keadaan baik dan sempurna dengan sewa yang berpatutan. Tapi ... apa yang diserahkan pada saya semula? Saya telah banyak bersabar dan membantu mereka. Tapi kini saya telah berdosa kerana keikhlasan itu telah tiada.

Saya telah meluahkan rasa kecewa dan menuntut ganti rugi atas setiap kerosakan. Maaf, tiada budi bicara lagi lagi kerana telah banyak pertimbangan yang saya berikan pada mereka. Saya amat sayangkan setiap harta benda saya, tapi bila orang yang meminjam tidak menghargainya ... maaf, saya tiada kompromi. Sedihnyer ... Saya berharap 2 penyewa saya yang lain dapat menjaga barang-barang saya dengan baik dan untuk 2 lagi rumah yang bakal disewa saya rasa tiada lagi perabot-perabot yang akan saya pinjamkan untuk disewakan.

Bersabarlah wahai hati ...

Tahniah ...

UniKL MIAT, Jenderam Hulu, Sepang

Baru sampai ...

Besar nyer ...

"Hangar" UniKL MIAT

Saringan H1N1

Insyirah buah hati Umi ...

Insyirah & Abang Amir

Cik Ebok ...

Ben 10 lagi ... Hari ini Abang Amir pakai baju, selipar, "anak seluar", dan "bapa seluar" jenama Ben 10 ... :)

Ketua Warden yang selamba.

Sementara menanti Uda mendaftar, kita main stickers Princess dan Ben 10

Depan bilik Uda Nazmi. Bersama kawan-kawan baru dari Kelantan dan Johor. Selamat Maju Jaya Uda Nazmi :)


Awal pagi ini setelah menghantar Mama ke Bangi untuk memasak di kenduri Pak Andak Mail, saya dan Ayah menghantar Nazmi ke UniKL MIAT di Jenderam Hulu, Sepang. Adik bongsu saya ditawarkan kursus Diploma in Avionics Technology. Memang dia bercita-cita untuk menjadi juruterbang. Tahniah ... semoga Nazmi berusaha bersungguh-sungguh mencapai cita-cita yang diimpikan. Insya Allah.

Insyirah dan Abang Amir ikut sama ke UniKL MIAT. Mereka teruja melihat kapal terbang yang besar. Abang Amir mulalah berceloteh tentang Transformer. Apa-apa lah Abang Amir :)

Setelah selesai urusan pendaftaran, kami ke Bandar Baru Bangi, kenduri di rumah Pak Andak Mail. Sedap sungguh lauk pauk kampung yang dimasak. Mama yang masak semuanya kerana saya tahu dan kenal rasa air tangan Mama yang enak dan lazat. Dan yang penting, tiada Ajinamoto :)

Wasalam.

2 comments:

Alang said...

Along Ely,

Tak tahu pun Nazmi dapat UniKL, patutla tak datang kenduri.

Apapun, congratulation!

Insyirah memang "buruk" sangat. (Ini style orang Jeram cakap) :)

Ilyana Ar Razi said...

Salam,

Alang mana ni? Alang Ana? Alang Zura? Alang Perak? Alang Alang?

Ha ah Nazmi dah ke UniKL MIAT. Dia cuak gak tu. Baru habis minggu orientasi tadi. Dia cite seminggu ni teruk kena dera. Biasala tu kan ...