.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, July 28, 2009

KBK 2009 - 3

Tajuk : Permodalan Baitulmal Kebangsaan (PBK). Suatu Penerokaan Demi Kemaslahatan Sosio-Ekonomi Ummah

Oleh : Dato' Dr. Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh

Saling mendukungi atas perkara ketakwaan dan kebajikan merupakan satu prinsip asas kemuliaan umat ini. Berdasarkan prinsip tersebut, amalan para pemerintah dan pentadbir sesebuah negara sewajarnya menjadi contoh tauladan kepada ummah keseluruhannya. BM semasa zaman kegemilangan Islam telah membuktikan bahawa ia merupakan institusi khazanah ummah terulung yang mentadbir amanah kewangan awam Khalifah Islamiah. Walau bagaimanapun, BM di Malaysia pada masa kini adalah berbeza dari segi tadbir urus dan kedudukannya berbanding dengan kemunculan awalnya dalam sejarah keagungan Islam. Yang pastinya, dalam setiap yang lurus ada bengkoknya dan setiap yang bengkok pula ada lurusnya. Berasaskan analisis yang dilakukan serta sorotan kepada faktor-faktor utama kejayaan (KSF), beliau mencadangkan satu pendekatan serta pelan tindakan yang baru dalam usaha memartabatkan semula institusi BM. Cadangan penubuhan Permodalan Baitulmal Kebangsaan (PBK) oleh beliau pada dasarnya adalah satu usaha untuk memperkasakan serta memberikan nilai tambah @ value add kepada institusi-institusi BM yang sedia ada menerusi penggemblengan dana, perluasan penglibatan dan penghasilan manfaat yang lebih besar impaknya.

Wasalam.

No comments: