Salam.
Alhamdulillah ... Allahu Akbar ... Insya Allah, saya dimaklumkan Abi akan viva 6 Ogos 2009 ini. Terima kasih atas doa kalian semua.
Ayah dan Mama adalah yang paling bersyukur dan gembira kerana saya dan anak-anak akan "dipulangkan" semula kepada Abi dalam keadaan selamat dan ceria. Jika tidak, sepanjang 24 jam sehari, saya dan anak-anak di bawah tanggungjawab dan pengawasan "ketat" Ayah dan Mama. Kasihan mereka ... kerana risaukan saya dan anak-anak. Namun, itulah bukti dan tanda kasih dan sayang mereka yang amat tinggi kepada saya dan anak-anak. Cuma sepatutnya, di usia emas ini sepatutnya mereka menumpukan masa depan akhirat mereka berbanding melayan kerenah anak-anak saya yang aktif dan tak tahu duduk diam. Apapun, kasih sayang dan bantuan mereka akan kekal dalam sanubari saya dan anak-anak.
8 Ogos 2009 pula saya akan ke Majlis Penyampaian Anugerah Khas Dekan Sarjana Undang-Undang UKM 2008/2009. Namun, pastinya Abi tidak dapat bersama saya menghadiri Majlis itu. Tatkala menerima berita gembira ini semalam, hati saya diruntun hiba mengenangkan Abi yang pasti tidak akan bersama. Dengan berduka saya memberitahu Ayah dan Mama, namun mereka amat gembira dan menyatakan "Itulah hadiah untuk orang yang sabar dan berusaha". Saya menyatakan bahawa itu adalah hadiah untuk Mama dan Ayah yang bersusah payah menjaga anak-anak ketika saya menghadapi exam akhir dan menyiapkan tesis, menjaga saya ketika dalam pantang dan menemani saya dan anak-anak sehingga kini tatkala Abi tiada.
Jauh disudut hati saya bersedih namun bersyukur yang amat sangat. Ini ketentuan Allah yang terbaik untuk saya. Semoga ia menjadi pendorong dan semangat untuk anak-anak saya kelak agar mereka terus berusaha menuntut ilmu-ilmu yang bermanfaat di dunia ini DEMI AKHIRAT.
Saya perlu menyiapkan biodata diri dan keluarga saya untuk Majlis itu. Tiada idea lagi ...
Wasalam

3 comments:
Salam,,,
Sabar ye sayang,,,bukan tak nak balik,,,tapi,,,begitulah,,
Semoga kejayaan yang diberkati,,,yang dapat menambahkan lagi nilai ubudiyyah kepada Allah.
Allah berkati hidupmu, Amin!!
Salam takzim abang utk MAMA dan AYAH!!
salam abg,
abg juga "punca" umi berjaya. :)
utk yuran PhD umi (RM28K) abg sponsor separuh ok? :)
smg syg juga beroleh kejayaan yang diberkati dan bermanfaat utk ummah.
smg kita saling bergantungan dalam menuntut ilmu dan pengharapan sepenuhnya kepada Allah.
ameen.
pn,
sila beri tunjuk ajar :)
smg pn terus cemerlang sebagai hambaNya, isteri, ibu dan pelajar.
saya ada email pn. ttg kursus motivasi anak-anak muslim tu.
sila reply yer.
Post a Comment