Salam,
Seperti kebiasaan, pagi Jumaat bagi saya suatu pagi yang lain dari pagi hari-hari lain. Terasa hati tenang, gembira dan penuh semangat. Alhamdulillah ...
Selesai solat Subuh saya segera menyiapkan Kek Batik yang dah lama saya idamkan. Satu bekas saya bawa ke pejabat. Dua bekas lagi tinggal di rumah untuk bekalan saya Sabtu dan Ahad.
Hari ini agak awal saya menghantar Insyirah ke sekolah. Bertemu dengan Teacher Romi dan Teacher Shila. Teacher Romi mengkhabarkan perkembangan Insyirah yang amat baik dari aspek kelancaran mengaji Al Quran. Alhamdulillah ... Terima kasih juga pada Teacher Romi yang ikhlas mendidik anak-anak muslim. Saya doakan Allah limpahi keberkatan jua kepada Teacher Romi sekeluarga. Insya Allah, saya akan meneruskan "Latih Tubi Kasih Sayang" saya untuk Insyirah.
Mengisahkan tentang mengaji Al Quran, Abang Amir amat "taksub" dengan kelas mengajinya. Setiap hari bertanya pukul berapa nak ke kelas mengaji. Semangatnya membuatkan saya risau. Namun saya bersyukur kerana Allah "menerangkan" dan "melembutkan" hatinya untuk belajar Al Quran. Doa saya semoga ruh-ruh Al Quran itu sebati dengan jiwa dan mengalir dalam darah anak-anak saya untuk diamalkan dan diperjuangkan. Tidak sabar menanti kepulangan hubby untuk "mengawal selia" bacaan Al Quran anak-anak.
Seingat saya peperiksaan akhir Insyirah adalah pada bulan September, maka saya perlu menyiapkan Insyirah dari sekarang. Khasnya kemahiran untuk pelajaran English akan saya mantapkan dan berharap agar Teacher Dilla dapat terus membantu. Untuk subjek lain tidak ada masalah, namun saya tetap akan memberi fokus yang sama.

Di sekolah Insyirah tadi saya membeli sebuah buku Bahasa Inggeris untuk Abang Amir dan Isyraf sebagai asas mereka.
Selepas menghantar Insyirah, saya bergegas ke Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan kemudiannya ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Saya berharap urusan-urusan saya selesai dengan bantuan Allah.
Semalam saya mendapat khabar kelahiran puteri Ust Muhaimin dan isteri. Puas sudah saya cuba menghubungi, namun tidak dapat. Berhajat sangat nak menziarah, kerana saya memang suka menziarah bayi yang baru lahir. Bertentang mata dan memberi kucupan kepada seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW yang baru lahir ke dunia. Mendoakannya semoga menjadi insan yang soleh solehah dan cekal menghadapi dunia di depannya. Sebab lain ialah dia baby girl ... (baby boy pun suka juga), kerana ... "Ya Allah, izinkan aku memiliki seorang atau dua lagi puteri solehah" dan Insyirah suka sangat baby girl dan telah menyimpan baju-bajunya yang berkotak-kotak untuk adik perempuannya kelak. Ameen.
Semoga hari Jumaat yang penuh keberkatan ini memberi nur dan hidayah kepada kita semua untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan taat pada Allah.
Wasalam.

No comments:
Post a Comment