.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Sunday, July 26, 2009

KBK 2009 -1

Tajuk : Hubungan Baitulmal Dengan Dasar Belanjawan dan Pembangunan Negara

Oleh : PM Dato' Dr. Hj. Hailani Muji

Kesimpulannya,

BM merupakan institusi harta dan kewangan induk sesebuah negara Islam. Harta yang terkumpul dalam khazanah BM adalah harta yang dimiliki oleh semua rakyat yang tinggal dan menetap di bawah naungan kerajaan Islam. Pada hakikatnya, skop BM mencakupi peranan yang lebih luas jika dibandingkan dengan konsep perbendaharaan negara pada hari ini, yang mana bukan sahaja berperanan kepada sistem kewangan negara. Jika dilihat dari konteks BM pada awal Islam, ternyata ia adalah satu-satunya pusat perbendaharaan bagi sesebuah negara. Namun bagi Malaysia, pentadbiran dan penyelarasan BM disemppitkan skop dan fungsinya dengan mewujudkan pecahan dalam pentadbiran iaitu perbendaharaan negara melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan BM melalui Kerajaan Negeri. Dari segi pentadbiran, BM kini lebih sistematik dengan wujudnya pelbagai peruntukan yang memberi bidang kuasa kepada MAIN untuk menguruskan skop pengurusan dan fungsi BM serta diselaras dan dikemaskinikan mengikut keperluan semasa dan kehendak setempat. Di samping itu, pendapatan dan perbelanjaan BM hendaklah mengikut ketentuan hukum Allah SWT dalam AQ dan AS serta bertetapan dengan roh perundangan Islam demi menjamin sebuah masyarakat yang harmoni tanpa sebarang penipuan dan penindasan.

Wasalam.

No comments: