Malam semalam Ayah dan Mama mengadakan kenduri di Masjid Al Ubudiyah, Seksyen 19, Shah Alam. Kebiasaannya pada malam Jumaat, jemaah yang hadir mencecah 300 orang. Awal pagi mama telah memasak hanya dibantu oleh bibik saya. Saya pula perlu hadiri mensyuarat di BNM, Kuala Lumpur. Maaf yer Mama kerana tidak dapat membantu.
Sebelum Asar, siap juga juadah Mama untuk dihantar ke masjid pada malam itu iaitu Nasi Beriyani, nasi putih, rendang kambing, sambal udang galah, masak lemak nangka, ikan masin, ulam-ulaman, ikan goreng, agar-agar lumut, kuih tako, kuih seri muka dan buah rambutan.
Alhamdulillah, adik beradik Mama semuanya datang membantu pada sebelah petang. Ini adalah kebetulan yang ditakdirkan, bapa saudara saya yang tinggal di Bangi (kami memanggilnya Pak Andak Mail) telah meninggal dunia pada pukul 2 petang semalam setelah terlantar kerana kanser usus. Al Fatihah ...
Maka, kenduri yang dijalankan selepas Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Solat Isyak adalah untuk beliau juga. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama para solehin.
Cumanya, saya agak terkejut dan terkedu apabila sebelum Bacaan Yassin dimulakan, Ayah saya bangun dan menuju ke microfone dan berucap :
"Assalamualaikum wbt kepada para jemaah yang dirahmati Allah sekalian. Saya mempunyai satu hajat khas pada malam ini dan mengharapkan doa jemaah sekalian selepas membaca Surah Yassin dan ketika solat hajat nanti untuk ditujukan khas kepada menantu saya, Ust Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohammed Zabidi yang kini sedang berada di Amman, Jordan. Beliau sekarang sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis beliau agar dapat segera berkhidmat dan kembali ke pangkuan anak dan cucu-cucu saya. Saya mohon kalian doakan beliau diberi kekuatan dan semangat untuk hadapi setiap saat-saat genting ini dan urusan tesis beliau dimudahkan. Kita mohon yang terbaik untuk beliau. Cucu-cucu saya pun dah mula merengek rindukan Abi mereka."
Dengan spontan para jemaah menjawab, "Ameen ... Insya Allah ...".
Saya memang terkejut dan bercampur malu. Namun perasaan hiba yang menguasai jiwa. Maka, tak tertahan lah air mata saya sepanjang bacaan yassin dan solat hajat. Apapun, terima kasih pada Ayah atas susah payah itu.
Beratur yer ...
Ayah, Uda, Ucu dan Pakcik Ariffin
Mama, Angah, Andak dan Mak Uda
Kelas mengaji Insyirah di Masjid Al Ubudiyah. Alhamdulillah, Insyirah semakin lancar dan rajin mengaji. Dengan ustazah baru yang jelas nampak peningkatannya. Syukran ustazah ...
Abang Amir akan mula kelas mengaji Isnin ini. Sebelum ni kat rumah aje. Alasan Abang Amir ialah "malu". Semoga Abang Amir "tak malu-malu" lagi dan lancar mengaji seperti kakak. Ameen ...
Kepada hubby, semoga yang terbaik dan diberkati untukmu.
Wasalam.






4 comments:
salam ust,
selamat maju jaya. kami doakan ust berjaya dan mencapai makrifatullah.
halalkan ilmu2 yg ust beri pada kami.
kak yana,
semoga kesabaran akak mengeratkan lagi kasih sayang akak sekeluarga.
doakan kami juga.
salam sayang utk insyirah, abg amir dan isyraf.
Salam K.Yana..
Moga Allah terus beri kekuatan dan ketabahan buat kalian..amiin.
Moga dipermudahkan segalanya..
Ayu sendiri sebak baca ucapan ayah akk tu.. aduhai..
smlm ust razi masa di Mafraq (ada agm dan prog Mekar) tegur ayu dan uwais, katanya teringat kat anak2.. Ayu kata sabar ust, insyaAllah tak lama lg pulanglah..
*****
kepada yg bercermin mata,
ust kata dia malu baca komen anta@anti. :)
sila perkenalkan diri.
terima kasih atas doa.
ayu,
syukran atas doa.
Post a Comment