.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, July 6, 2009

My Case - Waqf Transaction

Salam,

Tarikh - 30 Jun 2009, Selasa
Tempat - Unit Pembangunan Wakaf WP, Bangunan Daruzzakah, KL
Korum - Unit Wakaf MAIWP, AHCO, IIS @ RP

Kesimpulannya,

Di KL, pentadbiran wakaf adalah dibawah bidang kuasa MAIWP.

Hartanah yang terlibat terletak di bawah pentadbiran PTG KL.

Pewakaf akan memindahmilik Hartanah yang ingin diwakafkan kepada MAIWP melalui Borang 14A, PTG KL.

Prosedur biasa pindahmilik akan dibuat di PTG sehinggalah nama MAIWP tertera di atas Geran Hartanah sebagai Tuanpunya Tanah.

Maka, RP perlu membuat keputusan samaada untuk membuat pindahmilik secara wakaf @ pindahmilik biasa. Ini kerana kedua transaksi ini memberi natijah yang berbeza kepada RP.

Perlu difahami konsep wakaf dalam Islam serta mengetahui kaedah pentadbirannya menurut urf' kini. Pindahmilik sacara wakaf bukanlah jalan pintas untuk mengelak daripada sebarang tuntutan atau tanggungjawab. Matlamat utama wakaf itu perlu jelas iaitu untuk kemaslahatan umat Islam dari pelbagai aspek seperti sosial dan ekonomi. Dan yang penting bukan untuk mengaut keuntungan individu jangka panjang.

Keputusan muktamad masih belum diputuskan oleh RP samaada untuk meneruskan wakaf @ tidak.

Wasalam.

No comments: